27 October 2009

renungan...

Al-Quran, zikir ubat hati

KINI, banyak penyakit ganjil yang menyerang dengan pelbagai nama dan tanda mula dikesan. Manusia sangat takut dengan penyakit. Maklumlah penyakit mendatangkan derita, kecacatan, kekurangan malah kematian.

Dalam kesibukan menjaga kesihatan dan pencegahan manusia terhadap penyakit fizikal, penyakit rohani pula menyerang. Penyakit fizikal jika terkena tahu tempat berubatnya, boleh berjumpa doktor tetapi jika terkena penyakit rohani, hendak berjumpa siapa?

Payah benar hendak jumpa guru yang murabbi! Bila jumpa doktor, biasanya ada ubat dan penawarnya tetapi penyakit hati apakah ubatnya?

Walaupun ada al-Quran dan hadis yang memberikan cadangan mengenainya, berapa ramai yang 'berkenan'? Menelan kepahitan membaca al-Quran, qiyamullail, berpuasa dan sebagainya.

Sebagai muhasabah pada Jumaat yang mulia ini mengenai penyakit rohani, elok juga kita meneliti sebuah hadis yang menjadi pesanan Rasulullah s.a.w kepada menantunya Saidina Ali r.a:

"Wahai Ali, setiap sesuatu pasti ada penyakitnya: Penyakit bicara adalah bohong, penyakit ilmu adalah lupa, penyakit ibadah adalah riak, penyakit akhlak mulia adalah kagum kepada diri sendiri, penyakit berani adalah menyerang, penyakit dermawan adalah mengungkap pemberian, penyakit tampan adalah sombong, penyakit bangsawan adalah membanggakan diri, penyakit malu adalah lemah, penyakit mulia adalah menyombongkan diri, penyakit kaya adalah kikir, penyakit royal adalah hidup mewah dan penyakit agama adalah nafsu yang diperturutkan..."

Ketika berwasiat kepada Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai Ali, orang yang riak itu mempunyai tiga ciri iaitu:

1. Rajin beribadat ketika dilihat orang.

2. Malas ketika sendirian.

3. Ingin mendapat pujian dalam segala perkara.

Wahai Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdoalah: "Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik daripada yang dikatakannya, ampunilah dosa-dosaku yang tersembunyi darinya dan janganlah kata-katanya mengakibatkan seksaan bagiku..."

Ketika ditanya bagaimana cara mengubati hati yang sedang resah dan gundah gulana, Ibnu Mas'ud r.a berkata: "Dengarkanlah bacaan al-Quran atau datanglah ke majlis zikir atau pergilah ke tempat yang sunyi untuk berkhalwat dengan Allah s.w.t.

Jika belum terubat juga, maka mintalah kepada Allah s.w.t hati yang lain kerana sesungguhnya hati yang kamu pakai bukan lagi hatimu...."

Di Tanah Seberang..

Assalamualaikum wbt....

Selepas sahaja menghabiskan beberapa hari sisa sebagai salah seorang pelajar ting.6 di sekolah menegah, saya dapat satu tawaran temuduga di jabatan kerajaan, temuduga yang tidak pernah saya impikan untuk tembus disebabkan keadaan fizikal saya yang berbadan besar. keputusan seperti yang saya jangkakan,

Saya cuma menjadi calon simpanan selama setahun. saya juga tidak mengharap sangat untuk dipanggil disebabkan saingan. ya saingan.. yang datang pada hari temuduga tu.. semua hebat2.. hensem2.. cantik2.. smart2.. bergaya.. bertali leher.. saya tiada semua itu... tapi manis ada sikit... hahaha... saya tiada tali leher sebab, saya tiada persedian lengkap. habis STPM terus bergegas ke kota kinabalu untuk menghadirkan diri ke temuduga.. mana ada persediaan.. kan? dalam tempoh 5 bulan tiba2...tiba2... kuh suspen! dapat 1 surat yang menyatakan saya telah diterima sebagai penjawat awam dan diarah melaporkan diri di jabatan pada 28.10.2008. tidak sangka rezeki ALLAH itu luas. rezeki ALLAH itu bukan dari memilih Bentuk badan, rupa paras... yeah berjaya!!


Genap 4 bulan bertugas, saya dipilih untuk menjalani kursus induksi selama sebulan... Inilah suatu langkah perjalanan sya...... Atukoiiii...sangat tidak menggembirakan time ni...SANGAT!!!!... bayangkan kami hanya 4 orang peserta dari sabah time tu.... kami yang baru turun dari kapal terpaksa menunggu bas ambil kami di airpot... kami pun nda tau mau buat apa lagi time tu....bah apa lagi diam2 ja lah menunggu.....sampai lah beberapa minit...bas akhirnya muncul di depan kami...

Apalagi kami pun naiklah bas jabatan tu dan bertemulah pulak ngan peserta2 dari bumi kenyalang, Sarawak..tapi jumlah peserta mereka ramai kalo nda silap ada 8 orang...kalau tidak silap lah... first time jumpa macam2 gelagat, karenah, lucu @ buat2 lucu..sedih n sakit hati....dengan muka tdk tau malu ni..lalala..............

kami kana bawa pigi d satu hotel....lupa pulak sya apa nama tu hotell...besalah ni kalo suka makan semut kan...hotel area kajang ja lah......bolehlah sya melepaskan penat yang tak terhingga.....lepas makan mlam yang lain tu pigi lah berjalan mencari makan n teman d kajang....saya melepaskan pelung tu hahaha....sbb penat sya tidur awal....sampailah terbngun awal pagi hari berikutnya....bangun!!!!! "baju formal.....o tidakkk!!!!!.".perkataan pertama di pagi hari sabtu tu....hahahaa... orang bersyukurlah masih diberikn masa untuk bangun n bernafas.....ni nda....Astagfirullah...(sambil beristgfar)...

selepas makan pagi kami kana suruh masukkan bagasi...hahaha...beg lah...di dalam bus...."mana tali leher?" ayat paling membuatkan sya sakit hati....jawapanya "nanti lah saya pakai, blum sampai lagi" eee.... kami kana bawa lah pigi di putrajaya....untuk sesi taklimat bersama pengarah... tunggu punya tunggu pengarah tiada.....tim. pgrah ja datang....emm pa bli buat....sesi taklimat berlangsung smpai jam 3 petang.............penat n sangat membosankan......lepas tu kitaorng di arahkan untuk bersiap sedia ke destinasi sebenar.....agrotek ulu langat....sesmpai d sana kami kna suruh berbaris untuk mendaftar.....pui!!! daftar lagi...aduh...

"ok!! semua peserta boleh masuk ke bilik masing2, n tepat jam 9 smua mesti berada di dewan" ..."baiklah"...jawapn formal peserta krsus....tepat jam 9 malam kami semua p dewan.....terkazut n hampir terkentut n semput perjalanan mau pg dewan....atas bukit...lol...penat...sampai atas ja tercungap2 sdh....sadis n tragis bah...... malam tu barulah kitaorang berkenal2an ngan kawan2 smua.....

Kami kana bagi nama timangan masing2...paling buduh punya aktvt sya rasa...macam ****....adakah patut....mcm2 nama ada, (lahabau,lembu,keliwon,gastrik,susu,siput,sedut,berudu,kayu) macam2 lah...entah apa motif ada nama bgtu...apalah....hbs sesi tu kami blik n tidur..pesanan sblum tidur "jam7 pagi besok semua mesti berada di padang pakai baju kuning yang kana bagi"

pagi tu....kami bagun awal lah...smangat mau p beriadah.....lari satu raoun agrotek garden....kalo jalan rata nda pa lah...bukit....mau jadi kurus trus kalo bgtu...mampus















lepas sesi riadah kami pun bergambar..bersama pengarah...time2 penat bgni baru dia mau datang....ermmm.............apa pun thank u lah....



















antara aktvt kitorang pada malam hari waktu team bulding ni.....last kalo nda lupa...












kump seblah ni...















time buat hantu bungkus....















main2 sdh sni...banyak yang melucukan,,,









ini masa mau blik sdah. dalam hati "sabah tunggu kepulangan ku" sya tidak stay cni...lalala...








besyukur ALHAMDULILLAH lah jua la sya tdak tersangkut d smnjung tu...kalo nda tidak lah sya meneruskan pengajian sya.......nasib baik jua lah....TAPI.....malang datang jua........(apa yang malang tu)......tunggu epsod yang akan datang lah ya....

banyak lagi bah mau cerita tapilain kali lah lagi..............daaaa