27 May 2011

Balik Kampung

haiiii all...


apa khabaq...hahah...entah lah kenapa saya heppy jak time mau menulis entri ni...jiwa berbunga2 bah ni. heheh..yalah bah kan mau balik kampung lah katakan petang ni. wahahhahahhah.. mengambil cuti sempena cuti sekolah, walaupun saya tidaklah terlibat dalam cuti sekolah ni kan. yang malasnya kena membuat perjalanan lewat iaitu selepas waktu pejabat, jam 5 petang ni baru boleh begerak balik ke kampung pinang sebatang tu,.... mau mengambil en taufeq bin kasidin di ums lagi, bertrip dia ada pemandu. kalo saya suruh dia naik bus baru dia taw. ahhahaha. kalo dia pandai bawa kereta kompom saya suruh dia pandu, ini tidak pigang stering kereta pun tia pandai apakah lagi mau memandu, hahahahha.. apa pun balik kampung juga no 1..lalalalal...ok bye..

23 May 2011

Cinta dan cita-cita

sekadar gambar hiasan




Asalamualaikum,

jumpa lagi kita di hari berbahagia ini.hari ini mau kongsi pasal apa erkk!!..oh ya!!! rentetan dri berlambaknya jemputan ke majlis2 pertunangan, perkahwinan dll..



Jika ditanya soal cinta, soal kekasih, soal perkahwinan pasti saya akan menjawab, belum masanya, belum tiba ketikanya untuk saya memikirkan tentang hal itu. Kenapa? Jawapannya senang saja, menaggung perbelanjaan untuk diri ini pun belum cukup lagi apatah lagi untuk menaggung perbelanjaan apabila sudah berkeluarga(kahwin). Saya mahu menjawab tiga persoalan ini.



1.cinta – saya rasa masih terlalu muda untuk mengejar cinta, Orang cakap cita-cita seiring dengan cinta. Of kos lah dekk!!!.. cinta ni besar maksudnya. Cintakan ALLAH, cinta kepada ibu bapa, ahli keluarga, rakan-rakan. Cita-cita tidak mungkin tercapai sekiranya tiada restu ibu bapa, tiada pertolongan dari ALLAH. Why not cinta seharusnya seiring dengan cita-cita.tetapi bukan cinta pada sang kekasih yang bernama wanita. (buat sementara waktu)




2. kekasih – buat sementara waktu biarlah kekasih saya hanyalah ALLAH, dan my keluarga. orang cakap (orang cakap lagi) kadang-kadang mempunyai kekasih bernama wanita ini mampu memberi kita dorongan untuk lebih berjaya, tapi tak salah kalau saya katakan kawan-kawan sekeliling saya lelaki mahupun perempuan adalah pendorong kepada usaha saya ke arah yang lebih baik.



3. berkahwin – huh!! Nampak para 1 dan 2. Sudah pasti dapat jawpannya kan. Ada jodoh panjang umur nanti kiter citer..cue citer..cue citer…



kalau kita mendalami ilmu agama lagi dalam ilmu munakahat (hukum munakahat berhubungan dgn masalah/tata cara perkawinan,hukum2nya,syarat2 perkawinan dalam islam) yang mana agama islam membariskan beberapa hukum berkahwin bagi lelaki iaitu WAJIB, SUNAT, HARUS, MAKRUH dan HARAM. Wajib berkahwin sekiranya ianya mampu untuk membayar mas kahwin dan juga mampu zahir dan batin dan apabila yakin yang dirinya tidak mampu mengelakkan diri dari perkara maksiat(zina). Sunat berkahwin kepada orang yang mampu, tetapi yakin bahawa dirinya boleh mengelakkan perkara2 yang maksiat, ini adalah hukum asal sebuah perkahwinan. Harus berkahwin bagi seseorang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tidak berkahwin serta mampu. Makruh berkahwin sekiranya seseorang itu bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya. Di samping itu, dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu dan juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi peperangan. Haram berkahwin pula Bagi seseorang yang tidak dapat menunaikan kewajipan2 terhadap isterinya lahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiaya.



saya masuk bab agama dah ni, “lama sudah tidak mengasah otak untuk ilmu agama ini jadi untuk menyegarkan semua, saya perlu keluarkan” . Alhamdulillah saya masih mampu mengingati semula. Tapi banyak juga beberapa istilah dalam ilmu munakahat ini saya sudah lupa maksudnya seperti I’lak, Khuluq, Li’an, Mahalil. Kena buka buka lama lah balik ni.



Hehehehe….terlebih pulak, tajuk entri tersasar lagi. Apa pun harapnya kita mendapat ilmu dari entri kali ini. Mungkin inilah entri pertama saya yang berunsurkan ilmiah dan ada unsur jenaka sikit2 hehehhe… harap perkongsian ini mampu membantu kita semua. Bukan apa saja2 bah mau menulis, ialahkan musim cuti sekolah pun mau dekat sudah, maka lambakan jemputan ke majlis perkahwinan pun makin banyak, jangankan kad, facebook pun banyak. Hehhehe. Maka lambakan lah juga PERTANYAAN CEPU EMAS ini dikeudarakan….. kawan-kawan masa sekolah dulu pun banyak sudah yang menamatkan zaman bujang masing-masing. Selmat menempuh alam rumah tangga kepada rakan-rakan, teman-teman dan sahabt-sahabat sekalian. Enjoy ur weding, bahagia sepanjang hayat. ok baye. take care!!!!!!!!!!! hehe

19 May 2011

BerGembira Di Kebun Getah...

hehehhe...cantik tak viewnya

Asalamualaikum, selamat malam dan salam satu malaysia...

hari ini baru ada mood mau menulis semula selepas beberapa hari meninggalkan bidang ini...hehehhe.. almaklumlah cuti sem pun sudah berlabuh tirainya, so saya pun tidaklah mahu menghabiskan masa cuti yang telah diambil untuk membloging or berfacebooking ja kan.. cuti apa begitu...haisyy!!.. jadi dikesempatan itu saya juga telah memenuhi masa cuti saya dengan MEMASAK!!!..hahahah..hebat tak... mesti kamu nda percaya kan, seorang lelaki hensom memasak... hahaha.. pernah terbaca dlam 1 blog, perempuan kalo tak pandai masak susah, lelaki kalo nda pandai jadi imam pun susah, so sya mahu ada kedua-dua kelebihan ini, selain boleh mengimamkan solat sya juga boleh memasak, masak memasak bukan bidang untuk lelaki?? what?? weiii pergilah mana2 restoran dan hotel2 ternama, masuklah korang di dapur dorang, kamu akan nampak jejaka-jejaka yang menyiapkan masakan, huh, jangan main-main.hahhah.,,

masakan pertama saya selepas smpai di rumah adalah membuat kek, cantik kek yang saya buat tu, rancngan awal mau buat kek tapi jadilah pulak macam roti kering, terlebih majerin kali...wahahhah... selepas tu masak, perut lembu masak lemak, ahahaha...alah engkorang search jak bah di internet bahan2nya..hahah..masih tidak menjadi,. yang penting saya sudah toray dan Alhamdulillah masih boleh di makan, tetaps licin juga mangkuk hahahha..seterusnya dengan mengunakan panduan google resepi akhirnya masakan sya menjadi, wah berjaya....boleh jadi tukang masak sudah...nyum2....

bagi mengelakkan keboringan yang nyata selepas memasak, saya menonton tv lah pulak, malangnya, hampir kesemua chanel tv memaparkan drama2 dari seberang....rancngan apa ni, sekelumit pun sya nda teruja untuk menontonya.. malah meluat dengan jalan ceritanya yang hampir semuanya sama dengan semua drama2 yang dipertontonkan. bagus lagi saya tegok ulangan HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH, lagi senag hati....5 hari berada di kampung itulah rutin harian saya, bangun jak dari tidur, terus p dapur cari makan, hahahah, tengok tv, masak untuk tengah hari, tengok tv, masak untuk makan petang, tengok tv, n then tidur... sampailah d hari akhir saya di rumah.

pagi sebelum bertolak balik ke kota marudu, my kakak membawa p berkelah di sekid..baru masuk watak untuk tajuk entri...lalalalala... sekid means kebun getah ya adik2... kebun getah kami mempunyai sebatang sungai (parit) yang mengalirkan air yang jernih dengan batu2 kecil menghiasi permukaan dasar sungainya...siok, walaupun tidaklah dalam, well, saya pun bukannya p mandi, melihat adik n anak2 buah bermain2 di sungai jak..budak2 heppylah yang tersangat yang orang dewasa ni menengok jak, sambil makan2 nasi dan IKAN PANGANG!!!..hehhe..saya tinggalkan gambar2 kenangan di sekid ini sebagai bukti ya..hahahha.......


umai sarah trep perenang negara

inilah sekid kami yang terindah


ifti say: rumah hantu kak limah


atas sungai ada getah

c kipool yang mau balik sudah lepas makan..ish..ishh


kerja ayahnya, kononya mau guna sabun asli sekid.hahhah.cute trus

apa tengok2.......nda sempat dia membagi muka dia yang cute

apa macam mau datang sini, tapi mesti memutung dulu hahahha


hensem tak adik2...yess!!!!


dont cry...ahahaha


atas: aliran sungai (dari atas )

bawah: ifti lyana bertrip ikan duyung kak limah


saya sedng bertapa, GARUDA style

ini yang first kena make over.....tapi yang ini memng kemahuan sendiri berbanding abangnya..hahahahaha


nota: akan datang kembali ke sini nanti.

pesanan: jangan sangka kebun getah tiada sungai. yang ini baru sungai pertama lagi sungai kedua, di seblah atas lagi...hehehhe...tapi tak sesuai kalo mandi sebab.............hu!!!

ok bye, jumpa lagi nanti

12 May 2011

Akhirnya Selesai Sudah....

Asalamualaikum wbt..

Hari ini adalah hari last saya menduduki exam kertas yang penghabisannya. Sebab telampau xited mau habis exam saya telah menyiapkan paper tersebut hanya dalam masa 1 jam daripada 2 jam yang diperuntukkan, dan memandangkan banyak soalan yang saya kurang faham disebabkan kurangnya pembacaan terhadap kursus tersebut so akhirnya saya terpaksa melangkah keluar dari dewan peperiksaan lebih awal daripada masa yang saya jangkakan. ish..ish..ish...nampak macam hebat kan, tapi sebenarnya saya rasa sayang juga untuk keluar dari dewan terlalu awal tapi apa boleh buat memang saya tidak boleh buat.huhu..


saya juga terpaksa memilih dua jalan yang berbeza selepas keluaar dari dewan peperiksaan.... sama ada untuk kembali ke Kota Marudu Atau kembali ke Keningau. mau setegah jam juga berfikir mana arah yang mau dituju. dan akhirnya saya memilih jalan ke keningau. hahahha...smpaila saya ke daerah saya yang terchenta.....dengan semagat exam dah habis....buat teman-teman kita jumpa lagi 4 bulan akan datang ya...have a nice holidy, time to rest or refresh ur mind...arghhhh!!!.... tapi jangan lupa LI kita ya,,,,...

11 May 2011

di suatu pagi.............

Asalamualaikum,



Huh, rupanya lepas entri yang lalu idea tidak jadi mencurah-curah selepas keboringan tahap dewa (mungkin kalah lagi dewa) minggu lalu disebabkan internet sangat low dan “BIKIN PANAS”. Hahaha..apa apa pun exam paper kedua terakhir sudah pun melabuhkan tirainya kemarin, dan semua kawan-kawan sekalian pun merasa sangat happy kali sebab target dorang keluar. Tapi saya, lain yang saya target lain pula yang keluar. Dan hanya mampu menjawab dengan jayanya dua soalan sahaja, soalan yang lagi satu, ermmmm….entam sejalah, yang penting ada markah pendahuluan dan penutup, dan manalah tau juga diberi markah bonus untuk penat menulis dan dakwat pen yang berharga 80 sen tu..hahah…tidak apalah yang penting kita sudah usaha, maknanya sudah usaha jadi tinggal kita tawakal sejalah, doa moga-moga time En. Pensyarah menyemak jawapan kita dia melihat suatu jawapan yang sangat hebat. Wahahaha.. hebat sebab tulisannya bukan seperti tulisan MANUSIA….”manusia kah juga punya tulisan tuh ar” hahahaa…. Tapi rasanya okeh juga tulisan saya tuh…kiranya boleh masuk malysian book of record, tulisan paling UNIK d malaysia..uhuh.. paper last akan berlangsung pada besok hari iaitu hari khamis dan dan untuk menyahut seruan itu saya sekarang berada di labry ums, dan sedang berusaha untuk……….. hehehe….berfacebook ja.. almaklumlah brodbnd pun sudah tidak berfungsi lagi jadi hanya menggunakan khidmat wifi dari labry ini sahaja lah.. yang penting ada…. Tapi buku tetap bawa, cover-cover la. Kunun-kunun belajar padahal facebooking habis, sebenarnya malas bah mau pagi labry, tapi mengenagkan kebosanan atau dalam sebutan orang putihnya keboringan tahap ayam kepsi, so saya mengagahkan diri ini yang sememangnya sedia kala gagah(harharharhar, jales lah tu) ke labry.


labry yang kosong


Alhamdulillah labry pada pagi ini lengang dan sangat sunyi sepi, hanya mendengar bunyi burung di luar bekicau-kicauan menghiburkan hati masing-masing…hahahha.. kalau mau belajar keadaan beginilah yang paling baik. Tapi ini diawal pagi lah, belum tau lagi selepas ni, ermm berduyun-duyun lah mereka yang baru membuka mata durang tadi…hahahha.., apa yang pasti saya akan tetap di sini. Mungkin akan membaca sikit-sikitlah, ada juga mau dibuat ilmu, tapi bukan sekarang lah, tengah hari sikit lah..huhu..!@#$%^&*()(*&^%$#@!@#$%^&*(.... .. sebenarnya saya sudah habis idea...bye..

7 May 2011

AKHIRNYA boring JUGA!!!



Assalamualaikum., semalam baru sahaja update blog ini, tapi pagi ini macam mahu mengupdate lagi dan mungkin akan terus menupdate pada hari ini kalu idea mencurah-curah ke ladang gandum. Almaklumlah, tiada kerja yang mahu dilakukan. Keseorangan di rumah, terfikir mahu ke kota kinabalu tetapi terpaksa membatalkan niat sebab isnin saya kena bertugas lagi sehari untuk minggu depan, dan selepas tu saya kena berada di kota kinabalu bagi mehabiskan peperiksaan akhir untuk semester ini. Kalau saya ke kota kinabalu minggu ini dan balik pada hari ahad, akan bertambahlah kos yang saya keluarkan untuk itu. Ermm..susah!!. tapi, bila berseorangan di sini saya rasa sangat bosan tahap kebosanan yang tinggi.


Bilakah lagi saya mahu balik ke kampung. Minggu depan? Ermm kena fikir juga ni, bila bosan-bosan begini. Rancangan mahu ambil cuti hari jumaat ini dan akan bercuti sebelum hari wesak 17hb mei ini, tapi kawan-kawan yang lain sudah ada agenda tersendiri pada masa itu yang membantutkan rancangan cuti saya. Mesti ada antara mereka yang mengatakan saya ini sudah mengambil cuti terlalu lama, iaitu hampir dua minggu saya tidak masuk bekerja, tapi saya bukannya barcuti saja-saja, makan angin, atau pergi bercuti-cuti malaysia, saya hanya berada di kota kinabalu atau lebih tepat lagi di Universiti Malaysia Sabah untuk menduduki peperiksaan akhir semester ini. Sedikit pun saya tidak merasa rehat, mungkin rehat untuk bekerja di pejabat tetapi otak saya ini sentiasa bekerja untuk mengeluarkan fakta-fakta semasa membuat ulangkaji dan semasa peperiksaan sedang dijalankan. Saya masih memerlukan cuti rehat yang panjang untuk mengembalikan kesegaran saya.





Ramai yang mengatakan saya ini sudah cukup baik, bekerja sambil belajar, senang sikit, tapi kalau anda yang mengatakan begitu sebenarnya anda sudah silap, cuba anda merasai sendiri keadaan ini, saya pasti suatu keluhan akan terpacul pada mulut anda. Saya pasti. Hanya kekuatan fizikal dan mental sahaja yang mampu melawan rasa itu. Pernah suatu ketika dulu, saya meluahkan rasa untuk berhenti sahaja dari terus melanjutkan pengajian saya ini, sebab tekanan kerja dan tekanan pelajaran, tapi selepas memikirkan tentang kos yang saya telah laburkan semasa pengajian sebelum ini, saya merasa sangat rugi sekiranya saya berhenti, jumlah wang yang saya telah laburkan, masa yang saya telah buang untuk ini, hanya kerana penat saya mahu berhenti belajar, dan hanya bergantung dengan kewangan yang ada pada masa itu, rasanya tidak akan cukup. Bukan itu sahaja, tetapi kesedaran pada pelajaran juga telah membenamkan perasaan untuk berhenti. Kenapa mahu berhenti, orang di luar sana berebut mahu dapatkan peluang untuk melanjutkan pelajaran. Kenapa saya melepaskan peluang yang telah diberikan. Semangat kawan-kawan juga pendorong kepada saya untuk terus belajar. Saya memandang mereka yang masih belum mempunyai pekerjaan yang tetap, tapi tetap mahu meneruskan pelajaran, kenapa saya tidak, melihat mereka yang bekerjaya seperti saya, ada yang datang dari jauh, lebih jauh dari tempat saya sekarang, kenapa mereka masih boleh meneruskan pengajian. Selepas memikirkan semua itu saya pun membulatkan tekad saya untuk terus belajar. Akhirnya motto UMS “Bertekad Cemerlang” kini saya FAHAMI.

6 May 2011

HARI-HARI ADALAH HARI IBU…




Asalamualaikum..

Beberapa hari ni susah betul mencari masa untuk menjenguk blog ni, malah facebook tu pun lama sudah nda terbuka, baru hari ini ada masa, bolehlah update status sana 1 , 2 kali, tengok respon kawan-kawan, itulah cara saya menghiburkan hati sementara berada di sini. Kawan mau bawa becerita tiada, jiran seblah bilik ni pun sibuk seja, balik tengah malam terus tidur. Ermm, tinggallah saya sahaja yang berada di sini dalam bilik yang sunyi dengan bunyi cicaknya, bunyi cengkeriknya, nda lama lagi tu berbunyilah cicak tokek tu..tok-kek, tok-kek!!!! Bosan sudah sa dengar lagu- lagu yang didendangkan oleh sang-sang haiwan ini. Mahu baca buku pun saya rasa buku tu pun malas sdh mengadap saya (padahal saya yang MALAS), tapi tulah exam dekat sudah, membacanya teda. Apalah mau jadi lepas ini saya pun nda taw.


Paper sejarah eropah kemarin, adoi minta maaf lah en pensyarah, masuk jak dewan exam saya blank sudah fakta2 dalam otak semua sudah bercampur aduk. Saya pun tidak tau mahu kasi muntah fakta yang mana, muntah fakta ni fakta tuh mau ikut juga. Bercampur-campur sudah. Saya pun nda taw mau cakap apa sama tu paper, mengharap keajaiban sajalah ni. Kalo rezeki lulus, insyaALLAH lulus lah tu, kalo inda ermmm mengulanglah lagi, tapi kalo boleh janganlah.


Minggu depan paper penulisan dalam perhubungan awam pulak, yang ini saya teda nota. Saya tidak faham dan saya memang inda faham, apa yang saya tahu ianya digunakan dalam urusan perhubungan awam. Ermm,, masih kurang ilmu den ni, sabo je lah…wahhahaha… tapi kenalah usaha mencari lobang-lobang ilmu itu, baru mau cari kah? Inilah dia si last minit! Lepas paper ni paper last akan menyusul, paper yang saya dan kawan-kawan semua kena membaca dengan sehabis baik, sebab banyak fakta dan nama-nama tokoh kena hafal. Toeri-teori yang di bawah, inilah dia paper falsafah. Ermm!! Sebenaranya saya sudah menyimpang jauh dari tajuk entri saya ni. Hahaha… tapi biarkan saya mulakannya semula pada perenggan yang seterusnya..heheheh


Paling merisaukan otak fikiran saya sekarang ni pasal DUIT, duit…duit…duit..mana mau cari duit, kereta saya akan menyambut hari jadinya yang kesekian kalinya. Dan perbelanjaan yang besar perlu saya keluarkan untuk itu. Insurnt lagi, penyelngraan lagi, dan rod tax lagi, semua perlukan MONEY, money..money..money. yuran pembelajaran saya di UMS pulak sem ni melebihi jumlah pinjaman yang saya buat dengan peminjam tegar pemiutang tegar negara (PTPTN), kenapa itu berlaku di masa saya mengalami defisit kewangan yang sangat teruk.. teruk..teruk.. perlukan saya pigi mencuri duit di bank atau menjadi penyamun separuh masa, menyamun hasil-hasil getah orang kampung, menculik anak orang dan meminta wang tebusan. Oh rasaya tidak sampai ke situ menyimpangnya iman saya, masih di tahap waras otak saya untuk berfikir.


TAPI macam mana…..macam mana mau selesaikan masalah ini, soal yuran pembelajaran tu saya sudah settle kan tinggal lagi harijadi kereta ini yang masih membingungkan. Jadi saya balik kampunglah minggu lalu, bukan pg meneruskan agenda saya di atas tu, tapi pigi slow talk dengan mama saya. “ ma, nanti bulan enam ni tolong tambah duit saya bayar insurant kereta saya ar…hehehhe”.. jawapannya!!! Hehehe.. dia (mama saya lah) tidak cakap boleh juga tidak cakap tidak boleh, dia diam sahaja. Tapi saya tahu dia akan tambah duit saya tu untuk insuran. Kan..kan..kan..!! itulah mama saya. Hehhe..Baik tak!!!..baik kan..kan.. ya lah manalah ada mama yang jahat kan. Tapi yang itu baru sikit yang ditunjukkan oleh mama, ibu, ummi, mummy,mak kita, malah banyak lagi pengorbanan dorang ni dengan kita. Dari kita masih dalam perut smpailah kita sekarang kan.


Jadi bersempena dengan hari ibu yang jatuhnya pada 8 mei 2011 ini, pada hari ahad, saya mahu mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu di malaysia, terutamnya buat mama saya. I LOVE U mama. Walaupun saya tidak dapat balik untuk meraikan hari ibu bersama-sama. Tidak mengapa. Doa saya selalu mengiringimu dan sebab HARI-HARI ADALAH HARI IBU bagi saya. Tidak dilupakan juga pada BAPA saya yang menyanyangi MAMA saya dengan sepenuh jiwa dan raga. Semoga keluarga kita di bawah kerahmatan dan payung cinta ALLAH. AMIN

1 May 2011

Masih Dalam Mode Exam

student itu Ya20081482

Asalamualaikum,


cuba menulis di jam 2 setegah pagi ini, tiada idea pun mau tulis apa, tapi saja2 mau juga menulis. 4 paper exam sudah berlalu tinggal lagi 3 yang akan menyusul kemudian. tapi saya masih tiada mood mau membaca nota2 yang saya sudah kumpulkan sedia dari awal sebelum exam bermula. inda lah saya tau kenapa nda boleh fokus mau stdy. dalam otak mau stady tapi itulah inda juga terbuka buku2 itu. aisyhhh!!! inilah bah kalo jenis orang yang last minit punya. bila sudah mau exam barulah gelabah cari nota. huhuhhu.. 4 paper yang sudah lepas hari tu memang saya tiada prepare langsung dari awal. dari awal paper lagi. first paper saya ermm STATISTIK, soalan objektif time ni redha sejalah, sebab sudah set dalam otak perkataan "hentam sejalah" lagipun booleh timbak kunun.. tapi nasiblah datang awal di ums jumpalah geng2 seangkatan lain yang sedang khusyuk mentelaah hehehe membaca buku dan menghafal teori2 dan fakta2 penting, dari sanalah sya belajar, saya jadi tukang dengar seja. tapi sedikit sebanyak memng membantu, banyak soalan yang jawapannya dibincangkan di pagi itu.. nasiblah jumpa geng2 ku ini.. kalo tidak ermm hentam sejalah jawabnya, paper yang kedua pulak sejarah uthmaniyyah, yang ni saya ok sikitlah sebab banyaknya sejarah islam so nadalah saya telampau gabra. sebab kebanyakannya saya sudah belajar dan asigment yang saya buat pun banyaka perkaitannya dengan soalan exam. so Alhamdulillah saya mampu menjawab dengan jayanya, tapi tidak tahulah kena dengan soalan ka tidak, harapnya tidak menyimpang jauhlah kan. amin.


paper yang ke 3 dan ke 4 pada hari yang sama dan yang paling mencemaskan saya sampai sya rasa mau lemas dalam udara oksigen ni sebab 1 patah pun saya belum buat latihan dan kemasan nota, di waktu paginya paper penulisan rencana, adoiai ini yang saya kurang faham, yang ni saya cubalah untuk membaca nota2 yang diberikan kepada saya sebelum exam tu, sedikit sebnyak memng membantu saya. penulisan rencana tamat pada jam 11 setegah pagi dan saya cuma ada masa 3 jam setgh sahaja untuk prepare soalan pada jam 2 petang iaitu paper sejarah amerika, paper ini saya memng tidak pernag faham dari awal kuliah smpailah habis kuliah sebab mata ni sentiasa mengantuk bila bab sejarah amerika ini bermula, dan saya hanya ada masa kurang dari 3 jam untuk membaca nota, hanya Allah saja yang tahu saya punya gelabah macam mana, tapi disembunyikan dengan senyuman saya yang sentiasa berseri tidak kira pagi atau petang. this paper make me die. ooo.. lepas makan tegah hari sya berbincang dengan kawan saya, ermm smbil2 minta ajar dengan dialah, dia ni teror sikit dari sya, sa teror banyak hampir2 jadi terroris. hahaha, terroris dengan kawan 1 ni, saya paksa dia ajar saya untuk subjek sejarah amerika ni, and dalam masa tidak smapai 2 jam dia boleh terangkan dengan saya bebrapa fakta tentang sejarah amerika ini. hebat tak!!, beri tepukan yang gemuruh..Alhamdulillah Dari o% boleh lah smpai 30% ada dalam otak saya. dan hanya 30% itu sahaja yang saya bawa masuk ke dalam bilik seminar 4 spks ums. 30% sahaja!!!! dapat soalan saya tengok2 dengan muka blank saja.. soalan apa ini?? cubalah bagi soalan matematik ka kan, buli goreng ckit..wahahha.. tapi saya nda juga mau patah semangat daripada keluar dari bilik peperiksaan dengan hanya menulis borang kehadiran buat apa. bagus sya teruskan menjawab, arhhh.. kelentong seja.. mulalah karya dan sejarah baru amerika saya cetuskan dalam penulisan esai sya di masa exam tu, harapnya pensyarah bagilah markah penat menulis dan dakwat pen yang murah tu. hahahha, tapi, sya goreng jawapan pun berpandukan fakta sikit2 jugalah, kira boleh jalan lah juga..kalo nda dapat B dapat A pun jadilah ya Dr. pensyarah, wahahahah.. dan yang mengherankan saya saya boleh menghabiskan 95% dari kertas soalan yang diberikan dengan jawapan saya yang entah apa2 itu. saya pun bingung juga apa saya karang tu. jangan masuk kisah upin ipin ka atau shin chan sudahlah kan...hahahha,. habis saja exam kami jam 4 stegah, apalagi saya meneruskan langkah saya ke akdemi fantasia lah..wahahah, nda bah meneruskan langkah sya balik kampung dengan hati riang walaupun exam tu ada sot ckit, tapi rasanya ok kali juga.. sa serahkan sahaja pada Dr. pensyarah.. hehehe..


apa2 pun saya sudah berada di kampung. yang lepas biarkan lepas, haaa!! ni yang 3 paper lagi akan datang, belajarlah ya. motivasi diri ckit, tapi macamnya belum menyentuh buka dari mula balik hari khamis tu...nantilah balik kota marudu dulu baru stady lagipun paper sejarah eropah tu minggu depan. hahahha. dari jam 2 stgah sya mengarang sekarang sudah pukul 3. Tapi yang saya tidak puas Hati sekarang ni. siapalah punya DENGKURAN a.k.a GERUK yang paling kuat ni, memecah hening di pagi hari ini. hilang seri dan cahaya sang telinga saya mendengar lagu seirama ni, kalo bunyi macam lagu2 hindustan saya boleh terimalah, tapi kalo KROOOOKKKKKK!!! jak bunyinya, crocodile pun bulih pengsan, manalah sya boleh melelapkan mata saya yang menawan ni.. hahahha... saya mengundurkan diri dululah. nanti jumpa balik di entri akan datang ya..daaa!!!!!