30 March 2011

PEPERIKSAAN MELABUHKAN TIRAINYA

ini adalah tips semasa menduduki peperiksaan...

gambar 1: cikgu pesan, kalau dapat saja kertas soalan, harus tenang.


gambar 2: cikgu pesan, abaikan soalan yang susah, cari yang boleh dijawab di halaman sebelah.


gambar 3: cikgu pesan, ingat kembali formula-formula penting.


gambar 4: cikgu pesan, abaikan soalan yang susah, cari yang boleh dijawab di halaman sebelah.


gambar 5: cikgu pesan, jika tiada jawapan yang boleh diselesaikan, barulah kembali ke halaman pertama.


gambar 6: cikgu pesan, kalau tak boleh juga, lantak koranglah, sebab CIKGU DAH PESAN dah!!!



Alhamdulillah, peperiksaan akhir semester 2 tahun 3 akan berjalan seperti yang dijadualkan. semua mahasiswa HA24 (sejarah) akan menduduki peperiksaan bermula 26 April 2011 hingga 12 Mei 2011. saya mendoakan kejayaan kita bersama di semester ini.


Bagi mahasiswa mahasiswi dari kursus yang lain, saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya untuk semester ini. Harapan saya semoga semua mahasiswa dan mahasiswi UMS diberikan kesihatan dan ketenangan sepanjang minggu peperiksaan ini serta dapat memberikan usaha yang terbaik dalam meningkatkan penguasaan ilmu masing-masing. Saya mendoakan anda semua berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan kali ini. Amin.

Saya mahu berjaya, Sayalah yang perlu berusaha.

BERBAHASA DENGAN CARA YANG BETUL.


bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita iaitu Malaysia.Sebagaimana kita ketahui,kini kebanyakan masyarakat kita kurang sedar akan kepentingan penggunaan bahasa Melayu kerana segelintir masyarakat kita menggangap bahawa bahasa Melayu mempunyai bahasa yang tidak berstatus berbanding bahasa lain seperti bahasa Inggeris.Namun begitu,sekiranya ramai pihak berfikiran negatif terhadap bahasa sendiri.Hal ini menyebabkan generasi akan datang juga akan beranggapan begitu seterusnya lunturlah semangat bahasa jiwa bangsa mereka.Anak-anak muda pada zaman sekarang penting untuk masa hadapan negara agar menjadi modal insan yang cemerlang,gembilang dan terbilang.Oleh itu,bahasa Melayu harus dipupuk sejak mereka kecil lagi mahupun dibangku sekolah sehinggalah di alam kematangan agar mereka tahu menyayangi bahasa kebangsaan sendiri.



menyedari akan penggunaan bahasa melayu dalam semua entri dalam blog ini terlalu jauh dan terpesong dari penggunaan bahasa melayu yang sebenar. saya memohon maaf atas kesilapan itu, akan tetapi saya menulis bukan untuk ilmiah tetapi sekadar suka-suka, untuk menghiburkan hati sendiri. penggunaan bahasa pasar dalam entri-entri dalam blog ini menyebabkan ada di antara mereka yang kurang faham atau tidak faham dengan maksud dan ceritanya kerana penggunaan bahasa yang tidak betul(sabahan). mungkin ada di antara kita yang tidak suka akan penulisan seperti ini, bahkan marah dengan penggunaan ayat atau bahasa yang kurang munasabah. untuk pengetahuan, saya juga dalam proses untuk memperbaiki bahasa melayu saya dari yang kurang baik kepada yang lebih baik. saya akan cuba untuk menulis dalam bahasa melayu yang betul, tetapi seandainya saya masih menulis dalam bahasa yang mungkin tidak difahami (sabahan), saya minta maaf. mungkin itu adalah cara saya dalam penulisan blog. sekiranya penulisan itu dalam bentu ilmu (ilmiah) saya akan cuba sampaikan dalam penulisan bahasa melayu yang sebenar. sekian!!

Entri kali ini berbeza dengan entri-entri sebelum ini. ianya mengingatkan kepada kita tentang penggunaan bahasa yang betul dalam penulisan, samada dalam penulisan buku, majalah, mahupun blog.

MENUJU KE MEDAN TEMPUR....


haissyyy....di awal pagi ini, masih belum mengantuk lagi saya ni..jadi disebabkan kitidakmegantukan sya ("ada ka perkataan tu")hahaha...sa mau memblogkan diri dulu.. besok pagi mau kena buka ofis ni... tapi nda mengantukkk, so kalo lah terlambat bangun nanti siang... lambatlah kita start kerja ya kawan2...bukan tu yang saya mau kongsi di awal pagi ni... tapi sa mau kongsi rasa gementar saya... membuak2 selepas mendapat tahu jadual exam... ingatkan akhir bulan 5. rupa-rupanya akhir bulan 4, sebulan jauh dari jangkaan... 1 patah ayat pun masih sya belum sedia tuk tulis...faham2 ja lah kalo sejarah punya subjek ni... semuanya esai, manakah ada objektif.. kalo ada la kan!! huhu..aman dunia..nanti kita bincang untuk itu di parlimen..wahahhahaha.. kawan2 yang lain saya tengok bersungguh2 belajar.. wah TAHNIAH buat anda semua.... saya pun kenalah belajar kan? sesuai dengan tajuk kita ni pagi...MENUJU KE MEDAN PERANG...hahehehe, bukan lah sya mau p iraq ka, palestin ka, sa mau p d dewan peperiksaan saja bah....kalo askar dan polis perangnaya dengan senjata api, pistol,senapang, bom, meriam, nuklear, eheh...seram saya... tapi kalo namanya pelajar lainlah pulak caranya di medan perang kan... senjatanya of kos lah pensil, pen, pemadam dan sebagainya yang tersimpan dalam box pensil kamu orang semua....sebab pelajar ni medan perangnya di dewan exam ja.... lepas exam baru aplikasi di medan yang sebenar..hehehe.. lama lagi kali kan.... di kala siok2 menulis ni, tiba2 rasa mengantuk pula... iyalah my frend sekalian... mau tidur lah pulak... jumpa lagi....daaaaaaaaaaa!!!!!!

29 March 2011

Di sem akhir tahun 3

pejam celik...pejam celik... rupanya saya sudah berada di sem akhir tahun 3.... wow!!.. kalo dulu selalu mau menghitung hari, detik demi detik mau cepat ni masa, sekarang, bila mau dekat habis sdh ni, rasa macam sedih pun ada, ( sedihka!! uwekkk!!!).. nda bah!... di masa akhir2 ini lah jantung dub..dab..dub..dab.. eh bukan clubing arr!! MOTIF!!!.. disebabkan kerja kursus untuk final punya asigment belum pun ada apa2 gerakan... kalo lah ada DOREMON..(kalaulah!!).. bukan apa, itu kan penentu samaada saya akan menghabiskan pengajian saya pada masa yang ditetapkan atau .......(apa tangguh!!) ohhh!! TIDAK!!.. mari kita MOTIVASIKAN diri kita.


En. sukri: kalo UPSR dulu ko boleh lalui tepat pada masa yang diberi....


En. sukri: kalo PMR dulu ko boleh lulus dengan jayanya pada masa yg ditetapkan..


En. sukri: kalo dulu SPM ko masih mengekalkan kelulusan anda dan mengahbiskannya pada masa yang ditetapkan...dan,


En. sukri: kalo dulu STPM ko dapat habiskan pada masa yang ditetapkan walaupun bukan membawa kejayaaan yang CEMERLANG,GEMILANG dan TERBILaNG.......tapi ko masih diberi peluang untuk terus belajar....terus belajar...!!, JANGAN lepaskan...jangan!!!


hari ini KO, wahai ENCIK SUKRI BIN MIDIN......bukan lagi di sekolah rendah...bukan lagi di sekolah menegah....tapi di INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI....TINGGI!!!, FAHAM maksud TINGGI tu encik sukri bin midin.... pemikiran pun kenalah TINGGI, pelajaran juga kena TINGGI...orang cakap (menara GADING)..TINGGI tu..... TAPI, jangan jadi seperti peribahsa ini...HIDUNG TINGGI....taik idung MASIN!!..dulu ko boleh saja...kenapa sekrang ko mau mengaku kalah....kalah sebelum berjuang tu adalah satu sikap yang tidak patut...kalo boleh BOLOS saja.... SO, EN sukri ko kena tumpukan perhatian, usahakan dengan lebih baik....ko BOLEH...BOLEH...BOLEH!!! oleh itu mari kita bersama2 menyanyi lagi fikirkan boleh...


Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

24 March 2011

isu anak tak sah TARAF...wow!!!



Kelahiran anak adalah sesuatu yang sangat dinantikan oleh semua pasangan suami isteri. Kelahiran ini yang akan mencorak kehidupan, kebahagian dan keharmonian berumah tangga kepada semua pasangan suami isteri. Akan tetapi, tidak semua pasangan suami isteri itu dikurniakan anak selepas berkahwin, ada yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkannya, malah ada yang langsung tidak dianugerahkan anak sepanjang tempoh perkahwinan sehinggakan ada yang mengambil anak orang lain untuk dijadikan anak angkat. Malangnya ada juga di kalangan manusia ini yang sanggup menggugurkan, mendera dan membuang anak tanpa belas kasihan. Mungkin kerana tidak mahu anak yang dilahirkan tanpa seorang ayah, fakta ini tidak mustahil. Ini kerana peningkatan jumlah kelahiran anak tak sah taraf semakin meningkat saban tahun. Contohnya di negeri sabah jumlah kelahiran anak tak sah taraf sahaja dari tahun 2000 hingga 2008 seramai 8,435 orang.


Mengikut perundangan pendaftaran di negeri sabah pendaftaran syeksen 10 merupakan ordinen yang digunapakai bagi kelahiran anak tak sah taraf. Anak tak sah taraf dalam maksud jabatan pendaftaran negara merupakan pendaftaran kelahiran anak yang terdiri dari kanak kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin ataupun bagi golongan wanita yang melahirkan anak tanpa suami yang sah atau lebih dikenali sebagai ibu tunggal tanpa suami. Maklumat dalam sijil kelahiran akan tertera perkataan pendaftaran syeksen 10 di bawah sijil kelahiran kanak-kanak tersebut menandakan bahawa kelahiran adalah di bawah ordinen pendaftaran tersebut.



Bagi kelahiran anak tak sah taraf untuk pendaftaran syeksen 10 bagi yang beragama selain agama islam ordinan ini tidak begitu digunapakai kecuali bagi kes ibu yang mengandung tanpa seorang suami yang disahkan oleh ketua kampung, mahkamah anak negeri, gereja dan jabatan pendaftaran negara, ataupun sekiranya si suami enggan mengaku sebagai bapa kepada anak tersebut. Bagi pendaftaran kelahiran untuk mereka yang beragama islam pula ianya tertakluk kepada hukum syarak yang telah digariskan oleh jabatan hal ehwal agama islam negeri sabah (JHEAINS) dan mahkamah syariah. Dalam kes ini ibu bapa yang tidak berkahwin secara sah dari JHEAINS merupakan antara yang akan mengalami masalah kelahiran anak tak sah taraf, yang mana sijil perkahwinan yang sah dari jabatan tersebut tidak diperoleh, apabila mereka ingin mendaftarkan anak mereka masalah ini akan timbul. Selain itu, wanita yang melahirkan anak tanpa seorang suami dan juga golongan wanita yang teraniaya seperti dirogol, kes ini semua tertakluk dalam pendaftaran syeksen 10.




Anak tak sah taraf juga terjadi kepada pasanagan suami isteri beragam islam yang melahirkan anak kurang dari enam bulan qamariah iaitu kelahiran yang berlaku selepas perkahwinan tetapi perkahwinan tersebut kurang dari enam bulan selepas anak dilahirkan. kes ini adalah kes yang terbanyak dicatatkan iaitu perkahwinan berlaku selepas ibubapa kanak-kanak tersebut mengadakan hubungan seksual. Apabila mendapat tahu bahawa pasangan mereka mengandung selepas melakukan hubungan terlarang tersebut barulah mereka tergesa-gesa untuk mendaftarkan perkahwinan mereka yang sah.


Sijil kelahiran anak biasanya tertera beberapa bahagian maklumat iaitu maklumat anak, bapa, ibu dan juga pemaklum. Terdapat dua bentuk sijil kelahiran bagi nak tak sah taraf menurut ordinen pendaftaran syeksen 10 perundangan negeri sabah ini. Yang pertamanya bahagian maklumat anak, bapa, ibu dan juga pemaklum ini akan diisi oleh pendaftar, manakala sijil kelahiran yang keduanya pula bahagian maklumat anak, ibu dan juga pemaklum sahaja yang diisi oleh pendaftar dan kebiasaannya kelahiran anak akan dimaklumkan oleh orang yang terdekat seperti ibu bapa kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut dan bukannya ibu bapa kanak-kanak itu sendiri. Masalah ini sering berlaku disebabkan rasa malu oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut.

Apa yang merunsingkan dan merisaukan kita sejak akhir-akhir ini, kita sering mendengar dan melihat kes-kes kelahiran anak tak sah taraf ataupun kelahiran anak yang tidak mempunyai maklumat bapa berlaku di negeri sabah ini. Berdasarkan kepada laporan rasmi, yang dikeluarkan oleh jabatan pendaftaran negara (JPN) melaporkan bahawa terdapat lebih 257,000 kelahiran anak yang telah didaftarkan sijil kelahiran mereka tanpa maklumat bapa di Malaysia pada sijil lahir dan dengan cetakan syeksen perundangan anak tak sah taraf ini. Seramai 8,435 orang adalah kanak-kanak negeri sabah yang mana sijil kelahiran mereka tertera perkataan pendaftaran syeksen 10.



Menurut laporan dari JPN juga hasil tinjauan mereka berlaku peningkatan kadar kelahiran anak tak sah taraf ini di negeri sabah pada setiap tahun. Masalah ini semakin rumit apabila mereka yang tertakluk pada peraturan ini melenting, marah dan malah tidak berpuas hati dengan perundangan yang sememangnya sudah termaktub dalam perundangan di negeri sabah sejak dahulu lagi. Siap yang bersalah dalam hal ini? Kita ataupun sistem perundangan? Sedangkan undang-undang ini telah digunapakai semenjak kita belum dilahirkan lagi. Tapi mengapa kes ini masih mahu disuarakan, dengan gaya yang tidak berpuas hati, sepatutnya perkara ini seharusnya dibendung dari awal agar perkara ini iaitu pendaftaran anak tak sah taraf tidak berlaku.




16 March 2011

EUTHANASIA

SANGGUPKAH ANDA???????


Euthanasia


Euthanasia dikatakan sebagai suatu kematian yang baik. Ini adalah dengan mengakhiri kehidupan seseorang yang dilakukan orang lain untuk mengurangkan rasa sakit dalam penderitaan yang berpanjangan. Terdapat dua bentuk euthanasia iaitu secara sukarela dan bukan sukarela. Sukarela, Seseorang pesakit akan merasakan kematian sendiri adalah amat menyakitkan oleh sebab itu, pesakit meminta bantuan untuk mempercepatkan proses kematiannya ataupun dibantu membunuh diri. Bukan sukarela pula, menyebabkan kematian seseorang yang sudah tidak tiada harapan untuk sembuh, ini termasuk bayi dan orang yang dalam keadaan koma. Bagi mereka yang bersetuju bahawa euthanasia adalah baik, mereka mengatakan bahawa ianya adalah wajar dilakukan. Kebanyakan mereka yang menerima kaedah euthanasia berhujah bahawa proses tersebut dapat membantu pesakit yang sudah tidak ada harapan untuk sembuh. Ini disebabkan ia dapat mengakhiri penderitaan yang dialami oleh pesakit tersebut serta dapat mengurangkan kos perubatan yang terpaksa ditanggung oleh si pesakit bagi meneruskan rawatannya. Selain itu, pihak pro-euthanasia mendakwa si pesakit tidak boleh 'dipaksa' untuk hidup dengan cara terus memasang peralatan tertentu sehingga menyiksa pesakit. Mereka juga berpendapat pesakit mempunyai hak untuk menentukan sama ada mereka perlu terus hidup atau mati, kerana seseorang yang tidak ada harapan untuk sembuh dan dalam keadaan derita seharusnya diakhiri kehidupannya daripada terus menderita dalam hidup. Tetapi apakah itu wajar? Adakah perkara ini rasional menurut pemikiran yang waras? siapa yang berhak untuk mengakhiri kehidupan orang lain? Siapakah yang berhak berkata apakah kehidupannya sudah tiada harapan? Mereka juga berhak atas hidup mereka. Bayi-bayi yang lahir cacat, orang yang lanjut usia, orang yang dalam keadaan sakit tenat, orang yang terganggu mentalnnya cenderung menjadi bahan euthanasia. Bagi yang meminta untuk dieuthanasia, mereka sebenarnya tiada hak terhadap mempercepatkan kematian mereka, mereka seolah-oleh meminta pertolongan daripada pihak lain untuk bantuan membunuh diri, lain hukumnya, apakah hukum membunuh diri? Yang pastinya agama islam melarang perbuatan keji ini. Menurut ajaran agama Islam peringatan Allah terhadap pembunuh adalah azab yang sangat luar biasa dan kekal dalam neraka sesuai dengan firman Allah dalam Al-Quran surah An-Nisa ayat 93 yang bermaksud: “Dan barang siapa yang membunuh seorang Mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah Neraka Jahanam, kekallah ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutuknya serta menyediakan azab yang pedih baginya, begitu besar peringatan Allah. Layakkah manusia mengakhiri nyawa manusia? Mengikut pemikiran yang waras dan rasional sememngnya tidak layak sama sekali, hanya Allah sahaja yang berhak terhadap hamba-hambanya. Tidak salah sekiranya kita membiarkan mereka hidup dan mati secara semulajadi. Mati itu PASTI, tetapi yang berhak ke atas kematian hanya Allah.

3 March 2011

JALAN keningau ke tambunan.....seram!!!

Seperti kebiasaannya saya akan melalui jalan gunung emas ataupun jalan tambunan untuk ke kota kinabalu (KK) atau kembali bertugas selepas mengambil cuti rehat dan balik ke kampung. agak kuno bunyinya kan? almaklumlah orang lain sekarang pergi ke KK tidak melalui jalan gunung emas, sebaliknya mengambil jalan yang lebih dekat iaitu jalan kimanis ataupun melalui daerah papar. "peduli apa lah orang mau cakap--->penakut!!" bukan kerana takut tapi lebih mementingkan keselamatan diri, bukan mengatakan bahawa jalan kimanis itu bahaya, tetapi mungkin saya lebih selesa melalui jalan tambunan daripada melalui jalan kimanis. pernah satu kali melalui jalan kimanis, "bukan saya yang bawa keretalah", sepanjang menuruni cerun di kimanis bau tayar kereta sahaja, jadi sekiranya saya kerap melalui jalan tersebut, alamat tayar dan clucth akan haus.

seperti kebiasaannya saya akan bertolak dari rumah ke tempat kerja pada waktu pagi iaitu jam 3 atau jam 3 setegah, memakan masa hampir 5 jam untuk sampai ke tempat kerja. sebelum memulakan perjalanan sempat juga bercerita dengan mama dan bapa. selepas bersalaman dengan mereka saya memulakan perjalanan dan berharap agar tidak berlaku sesuatu terhadap perjalanan saya. pagi itu tidak seperti pagi hari-hari yang lain. kebiasaannya saya akan bersama dengan para pemandu lain yang mungkin sama situasinya dengan saya yang mahu balik ke tempat kerja, tetapi pada hari itu saya tidak melihat atau tidak ada tanda-tanda bahawa ada kereta yang lain bersama saya. mahu tidak mahu saya terpaksa untuk meneruskan perjalanan saya. kalo saya lambat jalan, maka lambatlah saya masuk pejabat. saya teruskan perjalanan saya sehinggalah di sungai kg apin-apin, saya mula merasa sesuatu yang menyeramkan. "ahh..mainan persaan saja bah tu kali, peduli lah"... saya terdengar suara bayi menangis, tetapi saya tidak mempedulikannya." baisalah bah kali tu, kawasan perumahan ada anak kecil yang nangis minta susu.., saya mempercepatkan pergerakan kereta tanpa menghiraukan krisis masyarakt itu..

melepasi kawasan perumahan tadi saya masih mendengar suara anak menangis. "aiks...kanapa masih berbunyi ni...mana ada rumah lagi di sini"... saya mula rasa seram, tetapi masih mampu mengawal perjalanan, saya memperlahankan kereta untuk mendengar sendiri suara anak tadi, bila saya memperlahankan kereta bunyi anak tadi semakin menjauh...rasanya mungkin ada kawasan rumah di sini yang saya tidak nampak, mungkin disebalik bukit-bukit...saya meneruskan perjalanan saya dan masih menganggap itu mungkin karenah anak-anak di waktu pagi. apabila saya mempercepatkan kereta tiba-tiba bunyi tangisan anak tadi mula kedengaran, saya semakin pelik, perasaan takut dalam diri semakin tebal dan menguasai seluruh jiwa saya. tanpa ada teman di perjalanan, tanpa ada teman seperjalanan saya semakin takut, pada ketika itu cermin pandang belakang saya halakan ke atas, bunyi radio yang pada ketika itu sedang mengalunkan zikir-zikir saya kuatkan, padel minyak saya tekan sepenuh hati, gear saya aturkan ke keadaan maksimum, ayat-ayat suci Al_Quran yang saya hafal semuannya habis dibaca. hanya Allah sahaja yang tahu, detik jantung saya...pada keadaan itu juga suara tangisan anak tersebut juga seakan-akan melawan suara peti radio kereta.

sepanjang perjalanan keningau ke tambunan saya diekori oleh tangisan bayi tersebut, saya masih mampu mengawal kelajuan kereta walaupun pada masa itu "darah seorang pelumba F1 saya sudah meluap-luap di litar tambunan.".. saya terbayangkan yang ianya muncul di hadapan saya, mungkin saya akan hilang kawalan dan mungkin meningggalkan dunia ini." saya masih belum BERSEDIA"....sehinggalah saya melepasi kawasan pekan tambunan dan pada ketika itu menunjukakan jam 4 suku pagi. saya membelok ke shell tambunan pada pada ketika itu masih beroperasi, mungkin 24 jam. hajat saya bukannya untuk mengisi minyak kerana saya telah memenuhkan tangki minyak kereta dari keningau lagi. saya meluru keluar dari kereta dan membiarkan pintu terbuka dan masuk ke dalam kedai shell tersebut dan seorang pekerja shell berada di dalam kedai tersebut, dalam keadaan masih takut saya cuba menghilangkan rasa takut saya dengan membawa pekerja shell tersebut berbual-bual, sebenarnya untuk menunggu masa siang berlabuh. sebenarnya saya sendiri sudah lupa apa yang sya bualkan dengan pekerja shell tersebut.

akhirnya saya melihat beberapa buah kereta pada ketika itu mula meluncur di jalan raya, selepas bersalaman dengan pekerja shell tadi saya memulakan perjalanan seperti biasa. walaupun pada ketika itu keadaan jalan tambunan ke KK masih gelap tetapi sekurang-kuarangnya saya masih mampu untuk mengikuti rentak kereta di hadapan saya.Alhamdulillah saya sampai ke destinasi saya dengan selamat. selepas beberapa minggu kejadian tersebut barulah saya membuka cerita kepada ahli keluarga saya dan sahabat saya. ada yang menyatakan tidak terkejut dengan cerita tersebut, kerana terdapat banyak cerita yang menyeramkan yang berlaku di jalan tersebut dengan versi-versi yang berlainan, sehinggalah sekarang. banyak kemalangan yang berlaku yang dikaitakan dengan perkara itu. ada yang mengatakan bahawa kanak-kanak tersebut bukannya di luar kereta tetapi di dalam kereta, mungkin ssya telah menggangu perjalanan mereka(benda lain yang diciptakan oleh ALLAh selai manusia, jin!).

beberapa bulan yang lepas, saya mendengar cerita dari seorang saudara saya, berlaku kemalangan yang melibatkan nyawa, kejadian berlaku terhadap sahabat saudara saya, "dia melalui jalan tambunan ke kk, dan mungkin dia di gangu oleh makhluk tersebut, dan mungkin juga tidak mampu untuk mengawal keadaan kereta apabila dalam situasi tersebut. menurut saudara saya, keretanya hancur teruk dan badan mangsa dicucuk oleh batang kayu menembusi badannya. ucapan takziah kepada keluarga mangsa. saya bersyukur kerana masih di jaga oleh Allah sehingga hari ini.

saya menceritakan perkara ini BUKANNYA untuk menakutkan saudara - saudari sekalian alam yang selalu melalui jalan tersebut, tapi buat peringatan sahaja lah, kalau kita mahu melalui kawasan tersebut janganlah terlalu panik sekiranya berlaku keadaaan sedemikian." kiranya bukan kawasan itu sahaja yang mungkin dihuni oleh mereka-mereka ini. kerana "MEREKA ADA DI MANA_MANA"...sentiasa mengingati ALLAH...

JAGA DIRI ..bye....heehehe

1 March 2011

kisah si pemandu....

Asalamualaikum wbt....
salam pertemuan semula di tahun baru....

Menjenguk lagi blog kali pertama di tahun 2011...lama tidak menjenguk-jenguk...rasa rindu juga bila tengok orang sibuk post blog dalam facebook..saya? ermmm tiada bahan bacaan pun yang boleh saya kongsi....bukan tiada idea tapi jarang sekali berkesempatan untuk menekan punat komputer ni untuk buka blogspot. sekali sekali terdetik jua mau buka tapi disebabkan tugasan, especially asigmen-asigmen yang makin berlambak bila start saja masuk sem baru.

Oh ya dalam ruang yang lalu saya ada cerita pasal saya kena ulang alik dari kota marudu (KM)ke kota kinabalu (KK) tiap hujung minggu. ALLAH saja yang tahu apa yang saya alami.. banyak dugaan dan rintangan yang saya lalui..saya sendiri saja yang pendam. tapi hari ni mau cerita sikit pengalaman. cerita ni sudah lama pun dalam beberapa bulan yang lalu lah. tapi still masih dalam ingatan saya.

Kes HAMPIR kemalangan jalan raya.. saya rasa hari tu saya sudah terlalu lambat untuk sampai di KK, sebab banyak kerja yang belum siap di pejabat terpaksa saya siapkan dulu, jadi keluar pejabat pun lewat lah, masa tu musim hujan...saya merupakan salah seorang yang menghidapi penyakit rabun walupun tidak seteruk mana, tapi kalo malam kompom saya tidak akan nampak dengan jelas...hujan pun bukannya setakat renjis-renjis dipilis..tapi, adoii...hujan lebat tahap GABAN...tapi saya terpaksa juga balik ke KK sebab esoknya kelas mula jam 8.. kalo jalan pagi2 saya takut nda sempat.. saya teruskan perjalanan saya untuk ke KK...alkisahhhhh..tooiiibbb....bermulalah kesahh..toibb...hehehhe....

Disebabkan saya sudah lewat dan pada masa itu sudah gelap ditambah dengan hujan yang lebat saya teruskan perjalann saya, sampai di satu tempat saya, lupa namanya...sorry lah bab2 ingat tempat ni sya kurang arif..eheh...satu kereta datang menghimpit saya, sebuah kereta kancil 660..saya tidak tahulah apa motifnya...saya sangka baik saja yang dia ni mungkin tidak nampak jalan dan mungkin tergelincir sikit dari jalannya...jadi saya teruskan saja..rupanya dia ni bukannya tidak sengaja tetapi memang sengaja cari nahas....bukan pada diri dia saja...tapi pada semua pengguna jalan raya terutama saya..mulanya dia memotong kereta saya...saya biarkan...dia perlahankan keretanya dan membiarkan saya memotong semula keretanya...masyaALLAH rupanya dia ada niat buruk...sebaik sahaja kereta kami berarak pada satu jalan yang sama dan saya berada di jalan yang bertentangan dia memecut keretanya membuatkan saya tidak dapat mengejarnya..saya hampir bertembung dengan sebuah kereta, kalau tidak silap saya KEMBARA, mungkin ALLAH masih mahu selamtkan saya dan kereta.. saya terpaksa memperlahankan kereta masuk semula di belakang kereta itu.

Saya mula menyumpah-nyumpah pemandu kancil tu...kalau mau mati bunuh diri pun janganlah babitkan orang lain....ini tidak mau juga babitkan orang lain dalam hal dia, frust bercinta mungkin. apabila sampai di kawasan jalan dua hala saya tekat untuk mendahului kereta tersebut. apa yang BIKIN PANAS tu...dia sengaja mau bawa saya berlumba dengan dia..dengan hentakan minyak yang meluap2 dia bagi...aduii..mencabar naluri seorang pelumba F1 saya ni...malas sebenarnya melayan karenah orang itu tapi desakan membuatkan saya menekan minyak untuk meninggalkannya....disebabkan keadaan gelap dan hujan sekali lagi saya diuji dengan hampir bertembung dengan tembok bata di tengah2 jalan dua hala yang mana tembok bata tersebut adalah pembahagi jalan.. saya sempat membrek kereta dan ALHAMDULILLAH saya selamat dari terlanggar tembok tersebut. saya rasa pemandu kacil ketawa besar tengok saya time tu...(cuma perasaan saya lah sebab dia nampak kejadian tu).. saya kembali menekan padel minyak dengan perlahan dan membirakan kereta kancil itu berlalu labih dulu...tetapi rupanya dia masih menunggu saya dengan membawa keretanya dengan kadar 30km sejam sahaja......

Saya makin rasa PANAS dengan pemandu tu.....saya cuba untuk memotong keretanya tetapi dia tidak memberi kesempatan malah cuba masuk ke tengah2 jalan bagi mengelakkan saya tidak memotongnya. menuntut kesabaran yang sangat tinggi gaya si pemandu kancil tersebut. saya hanya mampu mengikutinya dari belakang dengan kelajuan hanya 30km sejam sahaja...uikss...(AMARAN: KAWASAN SEKOLAH DI SEPANJANG JALAN KE KOTA KINABALU) ini ka motif dia.....SAMPAR BANA2(cakap bajau lah...heheh..testing2)..kereta di belakang ada yang cuba untuk memintasnya semuanya di biarkan saja tapi saya? huh!! dihalang!! apabila saya dapati punyai peluang untuk terus memintas kereta kancil tu... saya terus memecut dengan kelajuan yang tinggi dan dia masih cuba untuk menghalang dengan cara memasuki kawasan tengah jalan, saya teruskan sahaja perjalanan dan akhirnya saya dapat memintasnya...saya menharap agar dia tidak mengekori saya lagi...TETAPI....melalui cermin pandang belakang saya melihat kereta kancil tu meluncur dengan laju di belakang kereta saya..saya tidak mahu PISANG BERBUAH DUA KALI...saya menekan padel minyak dan tangan lancar menukar gear pada arah yang betul tanpa melihat kereta di belakang.....saya akhirnya berjaya meninggalkan kereta kancil tersebut pada kejauhan yang mungkin sudah terlalu jauh dan dalam keadaan selamat...
Akhirnya saya berjaya juga sampai ke destinasi saya yang sebenar dengan selamat, syukur ALHAMDULILLAH ALLAH masih mahu saya hidup di muka bumi ini dan meneruskan cita-cita saya...semoga saya dipermudahkan dalam semua hal..berharap perkara ini tidak berulang lagi..(masih kekal dalam ingatan NO FLAT kereta kancil tersebut tapi biarkan saja ianya luput sendiri dari minda ini) menurut sumber2 yang boleh saya percayai--->> mendapat tahu bahawa kereta tersebut bukannya tidak dapat mengejar saya, tetapi berlaku kemalangan terhadap kereta kancil tersebut.....orang teraniaya selalunya dikabulkan doanya oleh ALLAH....sa harap selepas incident itu pemandu kacil 660 bernombor ______ itu akan bertaubat....amin.