19 April 2011

Alhamdulillah..syukurr



Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memberi peluang kepada saya dan kawan semua untuk menyiapkan tugasan walaupun dalam keadaan kelam kabut dan kucar kacir..hahah siok tgok muka2 stress time dateline asimen tu..wahahaha. ada muka2 keciwa bah yang belum settle asigmen..tapi nda mengapa bah kawan, siap jua tu pelan2... hehehe.. kepada rakan2 ku di UMS.. saya mau mengucapkan SELAMAT MENEMPUH FINAL EXAM UNTUK SEM2 tahun 2010/2111....im proud of u.... hehehehe.. kamulah kawan2 saya yang paling semmart..

13 April 2011

Kerja-kerja Itu.....Memeningkan!!!

muka streeesssss!!!!!!!!!

Haiii.. Menjengah blog yang tiada kesudahan ini... Sebenarnya kerja banyak tapi macam gatal jua hati ini mau pi membuka komputer pejabat ni... Syukurlah nak, blogspot ni nda kena block, kalo kena block juga nda taw la apo yang den nak khabo...eheh. loghat minang pula..hehe.. Kerja-kerja pejabat Plus kerja-kerja U memeningkan kepala otak saya yang sedianya pening disebabkan tekanan darah tinggi saya ni.... disebabkan stress yang melampau kali tekanan darah ni meninggi... nda kesah lah bah yang penting rasa sihat juga, ndalah macam mau pingsan.. asigment pun adalah tinggal mau di edit2 lagi.. lepas tu hantar... minggu ni mau kena hantar sudah, tapi kerja2 pejabat ni, belum menandakan ciri2 untuk siap..tiap hari bertambah-tambah.. nda kan abis lah..siap 1 datang 2...siap 2 datang 3...ishh2.. tapi itulah rutin harian saya tiap hari dan ketika kecuali time hujung minggu, sebab saya berada di ums untuk belajar... tapi oklah skrng ni pun sudah hujung sem, bnyak yang sdh settle tinggal tunggu final exam lagi...tapi still have asigment yang akan di submit sekurang2nya minggu ini... huhuhu... masih dalam keadaan beguling2 membuat ni asimen...tapi rasa siok pula, cuti sem pun dekat sdh melabuhkan tirainya.. so makin cepatlah pembelajaran ini berlalu... tinggal 2 sem lagi lpas tu..hehehhe.. InsyaAllah semuanya berjalan dengan lancar... mudah2an dilancarkan perjalann ini.. amin..

10 April 2011

Maaf, Saya Masih Menyangka Kamu Masih Seperti Dulu.


Asalamualaikum....



Apa khabar anda sekalian, lama tidak mencarut di blog ini. rasanya folower saya masih juga 3 orang...kesian kan...hahahha.. Btw saya bukannya mengejar folower pun.. sekadar menghiburkan hati... bila rasa bosan dan stress, lakaran dan coretan2 dalam blog inilah yang selalu saya baca... terhibur dengan karangan sendiri... selain melatih jari jemari saya yang hensom ini supaya menaip dengan baik.. hehehe.. Selalunya saya menulis dalam blog ini berkaitan dengan keadaan sekeliling saya sendiri..apa yang saya rasa mahu kongsi, saya akan kongsi..biarpun penulisan itu bukan lah ilmiah mahupun jadi bahan rujukan para peng copy paste fakta untuk asigment (termasuk diri ini jugalah), tapi sekadar cerita2 kosong yang menghiburkan diri ini.. iyalah kan bukan semua orang suka hasil tulisan kita.


Berbalik pada tajuk entri saya kali ini, Maaf, Saya Masih Menyangka Kamu Masih Seperti Dulu, sebenarnya apa yang saya mahu smpaikan ialah tentang rakan-rakan saya masa zaman sekolah dulu. Kadang2 terserempak dengan mereka di pasar, di supermarket, masjid dan di pekan. Seriously saya cakap kadang2 saya tidak berapa sure dengan wajah anda, "dia ka ni, kah orang lain". ini menjadikan saya segan untuk memulakan perbualan takut tersalah orang, especially kawan2 di sekolah lama macam di sekolah rendah dulu di sk luagan, di sekolah menengah smk keningau 2, Alhamdulillah bagi kawan2 yang dari SEMEKAR dan Gunsanad, saya masih mengenali anda semua, especially my class Al-Biruni 2004-2005 and Pra-U2 2006-2007. Tapi janganlah tunggu saya yang tegur dulu. Mata saya ni kurang mengecam kehadiran anda kalo dari jauh, so tegurlah saya kalo saya tidak mendahului menegur anda. hehehe..


Btw berbalik pada entri kali ini, saya mempunyai ramai kawan di zaman sekolah dulu, iyalah kan sekolah pun ada 3 smkk2,semekar dan gunsanad, dan di ketiga2 sekolah ini saya punyai ramai kawan yang berbeza2 personaliti dan gaya..arab say "fieel"..hehe. Ada yang baik, ada yang kurang baik, ada yang kurang jahat dan ada juga yang Jahat tapi tidaklah banyak. Ada yang dengan kesamsengannya, merokok, lompat sana, lompat sini macam beruk makyeh, teriak sana teriak sini macam ayam mati kebulur..tapi jangan lupa bukan semua, ada juga yang baik, ada yang suka bagi nasihat, ada yang khusyuk dengan stdynya..ada yang pendiam dan banyak lagi bentuk perilakunya. kalo mau disebutkan sini alamat penuhlah blog ini.. hehehe..berjumpa dengan kawan-kawan lama ni memang rasa best. yang best tersangat apa lagi kalo crita pasal dulu2 kan. Tapi apa yang mengecewakan saya, ada kawan yang dulunya perangainya baik, sopan, tiba2 berubah kepada yang antonimnya.. dari bertudung kpd tidak bertudung, dari tidak bertattoo kepada bertattoo, dari seorang yg mengatakan TAK NAK pada rokok sekarang sdh cakap NAK!!.. itulah perubahan manusia, kadang2 rasa macam lebih baik masa yang lalu terus kekal, tapi itulah perjalanan hidup manusia ni, ada pasang surutnya. mungkin dorang ni tidak mahu keremajaan dorang ini dipersiakan, MUNGKIN, its my opinion nda lebih dari itu..hehehe.. Saya bukanlah mahu menuding kesalahan ini pada diri mereka sahaja, saya juga MENGAKU saya tidaklah baik sangat pun, saya bukannya bagus dari segi penjagaan tingkah laku. kadang-kadang saya sendiri keluar dari landasan yang sebenar dan kadang2 banyak perkara baik ini saya lupa (TAPI JANGAN LUPA INGATAKN SEMULA). saya ambil contoh terdekat...dulu SOLAT 5 waktu, lama-kelamaan tinggal 1 waktu itupun sekali seminggu,(hari jumaat) tapi bila fikir punya fikir kita juga yang SALAH kan, sebab kita yang terleka dengan keindahan dunia hingga lupa gambaran hebatnya syurga di akhirat kelak..(InsyaALLAH, saya dalam misi memperbaiki diri juga, saya harap kawan2 saya sekalian pun mencuba untuk memeperbaiki diri. Alhamdulillah sekarang saya boleh balik seperti dulu kerna kita MAMPU MENGUBAHNYA)..


Jom sesama tadah tangan kejap, kita doa sama2.."Ya ALLAH ya tuhanku lindungilah kami dari kesesatan yang telah syaitan janjikan kepada umat Muhammad, bimbinglah kami kejalan yang sebenarnya agar kami tidak terpesong dari jalan yang ENGAKAU redhai..AMIN!!! ....


Semakin menulis makin menyimpang pada landasanya kan, sebenarnya mahu tulis tentang kawan yang dulunya seorang yang boleh dikatakan kurang baik, dulu ianya saya katakan NAKAL tidak bertempat... kalo dulu bila sama2 dalam kelas, dialah selalu buat hal, kalo dulu di sekolah dialah yang selalu hilang, kalo dulu cakap dengan kita pun suaranya kasar, dan kalo dulu respeknya pada kita tiada.. Tapi apa bila saya berjumpa semula dengan dia dan dia dan dia ini, persepsi negetif itu masih kekal dalam jangkauan awal akal, dialah dulu yang selalu ganggu saya, mengata saya, cakap lepas dengan saya...buat itu ini yang nda baik terhadap bnyak pelajar....tapi sebagai seorang kawan saya masih mahu untuk menegurnya...ikuti contoh perbualan di bawah...


Saya: Asalamualaikum...si dot.dot.dot kan..

dot3: waalaikumsalam...ya, si Sukri bah ni..apa khabar? macam sekarang? d mana skarang?(terlebih soalan pulak dia ni)

saya: baik, ko macam mana, saya macam nilah..(saya jawab lah soalan dia)

dot3: duduk dulu bah crita2 dulu kita...

saya: ok.


sepanjang sejam bercerita dengan dia ini, mulutnya dulu yang tiada secalit senyuman mampu senyum pada saya.. ceritanya juga mampu membuatkan saya rasa lain dari lain, bukan seperti dulu lagi.. ianya amat berbeza.

mungkin dia sudah mula berfikir tentang siapa dia 3 atau 5 tahun akan datang. tidak akan kekal seperti dulu... PASTI akan berubah, mungkin jua bagaimana dia mau mencorak dan mewarna masa depan dia.. mungkin!! sebab saya juga memikirkan benda yang sama. tapi mungikn saya lebih dahulu memikirkannya, barulah dia.. saya betul2 tidak menyangka yang dia akan menjadi sebaik sekarang, perbualan dia penuh dengan tapisan yang baik.. TIDAK SEPERTI DULU...


MAAF, SAYA MASIH MENYANGKA KAMU MASIH SEPERTI DULU.......

5 April 2011


asalamualaikum,


Hehe....membuka komputer HAK MILIK KERAJAAN adalah satu perkara yang jarang saya lakukan, tetapi demi untuk mencari bahan untuk asimen saya yang agak membunuh ini saya terpaksa membukanya juga. Aduhai asimen ku yang di sintai, kalo lah saya bangun pagi besok ko sudah siap sepenuhnya tinggal hantar. saya akan gembira sepanjang sem ini. Tapi apa kan daya, mungkin seperti menunggu ayam berbulu kucing.....


warrgghhhhh!!!!.....hancur otak saya ni....

tolong!!!!....

glurp!!!!!....minum dulu...aramai tih.

1 April 2011

MYKad Hilang!!! BAYARANnya????

Asalamualaiakum!!


Bertemu lagi kita...syukur kita masih diberi kesempatan untuk terus hidup di atas bumi ini. untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hambah ALLAH. menjadi khalifah untuk meneruskan perjuagan rasulallah kita..Nabi Muhammad s.a.w!!


Berikutan entri lalu (Apa,! MYKAD hilang??? )..ada yang bertanya dengan saya tentang bayaran dendanya.... saya membiarkan anda membaca kenyataan dari mesra.net forum Denda Mykad Hilang Kali Pertama Rm100, saya petik sedikit dari kenyatan tersebut - Kabinet hari ini meluluskan cadangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menaikkan kadar bayaran gantian MyKad sebanyak RM100 bagi kes kehilangan pertama.Menterinya, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata, kadar bayaran tersebut ditingkatkan kepada RM200 bagi kehilangan kali kedua manakala RM300 bagi kali ketiga dan seterusnya.‘‘Saya bentangkan dalam mesyuarat Kabinet dan ia telah dipersetujui. Sebelum ini kalau hilang, hanya dikenakan bayaran sebanyak RM10.‘‘Ini menyebabkan orang tidak bertanggungjawab langsung dan malas hendak menjaga MyKad mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. dalam forum ni ada juga beberapa orang yang tidab berpuas hati..... almaklumlah manusia lah katakan... antaranya...ini


"x patut denda mahal2 .. bukan sengaja kita nk hilang kan .... aku 3x hlg ... bukan sbb sengaja .. tp sekali umah kna rompak .. 2x kena pick pocket .. byg kan nk buat kad bank x leh x de ic .. nk buat ic kna byr 150 .. mane nak cekau .. menggagau pinjam kat kwn2 .. dh tu br leh dpt ic ... patutnye denda di kurangkan .... kata nk bg keselesaan rakyat .. sbb reason yg byk hlg ni sbb kna curi , ragut , pick pocket , umah terbakar , bencana alam cm banjir .... aku dh buat report .. siap bw lg report polis .. tp tetap kena denda .. huh gla duit .. tp keje slow .. x de quality langsung pekerja2 gomen nih"


Boleh saya jawab!!! ok....nak panggil apa untuk org yg cakap di atas ni erkk!!...

" bro (bolehla)...rasanya kalau laporan polis yang mengatakan bahawa ianya kes ragut, rumah terbakar, bencana alam, ini ada asas untuk bagi pengecualian bayaran kompaun kehilangan mykad...untuk bro ni...untuk kali ke 3 kehilanagn tu, bro ni rasa2nya ada bawa kesemua laporan polis sebelum ni ke.... selalunya kalo ada bawa mungkin diberi pengurangan bayaran...tapi kalo tak bawa, eermmm bayarlah jawabnya broo...kan polis pagi laporan dua salinan 1 untuk jpn 1 lagi untuk simpanan pemohon...repot tu kenalah simpan untuk kegunaan masa akan datang....lagi pasal quality pekerja govermen..erm, tak nak komen lah bro, dari diri sendiri juga tu..bukan semua orang kerja tak betul...keikhlasan kita tu antara kita dengan Allah jew bro..malaikat pun tak tahu kita ni ikhlas atau tidak... ermm...


jumpa lagi di entri yang lain nanti....

Apa,! MYKAD hilang???

Assalamualaikum,


ni nak citer...nak citer...hahhah... nda bah, saja-saja ja..cue citer, cue citer...

Baru-baru ini kita mendengar pengesahan dari Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam, mereka yang kehilangan MyKad atau pasport hanya perlu ke Jabatan Imigresen atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat permohonan baru mulai 1 Mac lalu. Laporan akhbar pun kata Tidak perlu buat repot polis jika MyKad hilang di Kosmo hari ini. Maka, ramailah yang menghubungi jabatan pendaftaran negara hari ini bertanyakan mengenai perkara tersebut.

Tapi bagi saya, mereka yang kehilangan kedua-dua dokumen ini sewajarnya melaporkannya di pejabat polis. Apabila kita melihat dari segi keselamatan pengenalan diri sendiri, ini dokumen penting, bukan bahan mainan. Banyak pihak yang merungut apabila mereka datang ke jabatan pendaftaran negara untuk mendapatkan gantian mykad hilang, mereka dikehendaki membuat laporan polis di pejabat polis berhampiran. Dato, Datin, Tuan, Puan, Pakcik, Makcik, Abang, Kakak, Adik sekalian tak rugi buat laporan polis tuh, ia kan dokumen kita, bukan orang lain.


Ermmm!!, bagaimana saya mahu memberi contoh kepada anda semua... oh ya..!! teringat saya satu kes yang berlaku di tempat saya. (cue citer, cue citer....) sekejap lah...


Dulu pernah ada satu kes seorang lelaki (petani) dari daerah XX kehilangan MyKadnya. diseluk sakunya semasa keluar ke pekan hari minggu. kejadian berlaku apabila tanpa disedari olehnya dompetnya telah diseluk orang, dia menyedari kejadian itu semasa berada di kaunter sebuah supermarket untuk membayar barangan yang hendak dibelinya, maka terpaksalah dia melupakan pembelian baragan tersebut. selepas seminggu kehilangan tersebut barulah dia datang ke JPN untuk membuat penukaran MYKAD, petugas kaunter JPN (siapalah ini orang arr..hehe) mengarahkan supaya dia membuat laporan polis di pejabat polis berhampiran, malangnya arahan itu dibantah olehnya, puas petugas kaunter memberi penerangan tetapi dia tetap berkeras untuk tidak membuat laporan polis atas alasan pejabat polis jauh dari JPN, pemohon terus keluar dari pejabat JPN dengan wajah tidak puas hati. Beberapa jam kemudian pemohon muncul semula di kaunter dalam keadaan kurang betul (MABUK) dan petugas kaunter terpaksa membuat penukaran MyKadnya tetapi kompaun kehilangan MyKad tetap dikutip seperti kes kehilangan yang lain. (RM110-kehilangan kali pertama). Beberapa bulan kemudian datang beberapa orang anggota polis ke JPN untuk bertanyakan tentang hal pemohon ini, menurut anggota polis tersebut lelaki ini didapat melakukan kes pecah rumah di daerah YY. Rupa-rupanya, polis terjumpa MyKad lelaki itu dalam rumah yang baru dipecah masuk beberapa minggu bulan selepas kehilangan Mykad tersebut. lelaki tersebut telah dibawah ke balai untuk memberi keterangan tentang pertuduhan tersebut. menurut lelaki itu dia tidak pernah keluar dari daerah XX tersebut, bahkan tidak pernah menjejakkan kaki ke daerah YY itu, dan ianya disahkan oleh kedua ibu bapa lelaki tersebut. selepas kes itu disiasat dan teliti akhirnya polis membuat keputusan bahawa kes itu adalah kes penganiayaan. lelaki itu didapati tidak bersalah.

yang menyusahkan lelaki tersebut ialah apabila di tahan oleh polis, berulang alik ke pejabat polis untuk memberi keterangan kes. nah!!! elok2 dulu sekali ja buat laporan polis, sekarang!!! sendiri mau ingat BROTHER!!!


kalau dah kena sugest buat laporan tuh jangan lah membantah.!!! ish2...


korang mau ka jadi mcm bgni....tapi boleh femous tau!! hehehhe