
Euthanasia
Euthanasia dikatakan sebagai suatu kematian yang baik. Ini adalah dengan mengakhiri kehidupan seseorang yang dilakukan orang lain untuk mengurangkan rasa sakit dalam penderitaan yang berpanjangan. Terdapat dua bentuk euthanasia iaitu secara sukarela dan bukan sukarela. Sukarela, Seseorang pesakit akan merasakan kematian sendiri adalah amat menyakitkan oleh sebab itu, pesakit meminta bantuan untuk mempercepatkan proses kematiannya ataupun dibantu membunuh diri. Bukan sukarela pula, menyebabkan kematian seseorang yang sudah tidak tiada harapan untuk sembuh, ini termasuk bayi dan orang yang dalam keadaan koma. Bagi mereka yang bersetuju bahawa euthanasia adalah baik, mereka mengatakan bahawa ianya adalah wajar dilakukan. Kebanyakan mereka yang menerima kaedah euthanasia berhujah bahawa proses tersebut dapat membantu pesakit yang sudah tidak ada harapan untuk sembuh. Ini disebabkan ia dapat mengakhiri penderitaan yang dialami oleh pesakit tersebut serta dapat mengurangkan kos perubatan yang terpaksa ditanggung oleh si pesakit bagi meneruskan rawatannya. Selain itu, pihak pro-euthanasia mendakwa si pesakit tidak boleh 'dipaksa' untuk hidup dengan cara terus memasang peralatan tertentu sehingga menyiksa pesakit. Mereka juga berpendapat pesakit mempunyai hak untuk menentukan sama ada mereka perlu terus hidup atau mati, kerana seseorang yang tidak ada harapan untuk sembuh dan dalam keadaan derita seharusnya diakhiri kehidupannya daripada terus menderita dalam hidup. Tetapi apakah itu wajar? Adakah perkara ini rasional menurut pemikiran yang waras? siapa yang berhak untuk mengakhiri kehidupan orang lain? Siapakah yang berhak berkata apakah kehidupannya sudah tiada harapan? Mereka juga berhak atas hidup mereka. Bayi-bayi yang lahir cacat, orang yang lanjut usia, orang yang dalam keadaan sakit tenat, orang yang terganggu mentalnnya cenderung menjadi bahan euthanasia. Bagi yang meminta untuk dieuthanasia, mereka sebenarnya tiada hak terhadap mempercepatkan kematian mereka, mereka seolah-oleh meminta pertolongan daripada pihak lain untuk bantuan membunuh diri, lain hukumnya, apakah hukum membunuh diri? Yang pastinya agama islam melarang perbuatan keji ini. Menurut ajaran agama Islam peringatan Allah terhadap pembunuh adalah azab yang sangat luar biasa dan kekal dalam neraka sesuai dengan firman Allah dalam Al-Quran surah An-Nisa ayat 93 yang bermaksud: “Dan barang siapa yang membunuh seorang Mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah Neraka Jahanam, kekallah ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutuknya serta menyediakan azab yang pedih baginya, begitu besar peringatan Allah. Layakkah manusia mengakhiri nyawa manusia? Mengikut pemikiran yang waras dan rasional sememngnya tidak layak sama sekali, hanya Allah sahaja yang berhak terhadap hamba-hambanya. Tidak salah sekiranya kita membiarkan mereka hidup dan mati secara semulajadi. Mati itu PASTI, tetapi yang berhak ke atas kematian hanya Allah.