30 March 2011

PEPERIKSAAN MELABUHKAN TIRAINYA

ini adalah tips semasa menduduki peperiksaan...

gambar 1: cikgu pesan, kalau dapat saja kertas soalan, harus tenang.


gambar 2: cikgu pesan, abaikan soalan yang susah, cari yang boleh dijawab di halaman sebelah.


gambar 3: cikgu pesan, ingat kembali formula-formula penting.


gambar 4: cikgu pesan, abaikan soalan yang susah, cari yang boleh dijawab di halaman sebelah.


gambar 5: cikgu pesan, jika tiada jawapan yang boleh diselesaikan, barulah kembali ke halaman pertama.


gambar 6: cikgu pesan, kalau tak boleh juga, lantak koranglah, sebab CIKGU DAH PESAN dah!!!



Alhamdulillah, peperiksaan akhir semester 2 tahun 3 akan berjalan seperti yang dijadualkan. semua mahasiswa HA24 (sejarah) akan menduduki peperiksaan bermula 26 April 2011 hingga 12 Mei 2011. saya mendoakan kejayaan kita bersama di semester ini.


Bagi mahasiswa mahasiswi dari kursus yang lain, saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya untuk semester ini. Harapan saya semoga semua mahasiswa dan mahasiswi UMS diberikan kesihatan dan ketenangan sepanjang minggu peperiksaan ini serta dapat memberikan usaha yang terbaik dalam meningkatkan penguasaan ilmu masing-masing. Saya mendoakan anda semua berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan kali ini. Amin.

Saya mahu berjaya, Sayalah yang perlu berusaha.