1 April 2011

Apa,! MYKAD hilang???

Assalamualaikum,


ni nak citer...nak citer...hahhah... nda bah, saja-saja ja..cue citer, cue citer...

Baru-baru ini kita mendengar pengesahan dari Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam, mereka yang kehilangan MyKad atau pasport hanya perlu ke Jabatan Imigresen atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat permohonan baru mulai 1 Mac lalu. Laporan akhbar pun kata Tidak perlu buat repot polis jika MyKad hilang di Kosmo hari ini. Maka, ramailah yang menghubungi jabatan pendaftaran negara hari ini bertanyakan mengenai perkara tersebut.

Tapi bagi saya, mereka yang kehilangan kedua-dua dokumen ini sewajarnya melaporkannya di pejabat polis. Apabila kita melihat dari segi keselamatan pengenalan diri sendiri, ini dokumen penting, bukan bahan mainan. Banyak pihak yang merungut apabila mereka datang ke jabatan pendaftaran negara untuk mendapatkan gantian mykad hilang, mereka dikehendaki membuat laporan polis di pejabat polis berhampiran. Dato, Datin, Tuan, Puan, Pakcik, Makcik, Abang, Kakak, Adik sekalian tak rugi buat laporan polis tuh, ia kan dokumen kita, bukan orang lain.


Ermmm!!, bagaimana saya mahu memberi contoh kepada anda semua... oh ya..!! teringat saya satu kes yang berlaku di tempat saya. (cue citer, cue citer....) sekejap lah...


Dulu pernah ada satu kes seorang lelaki (petani) dari daerah XX kehilangan MyKadnya. diseluk sakunya semasa keluar ke pekan hari minggu. kejadian berlaku apabila tanpa disedari olehnya dompetnya telah diseluk orang, dia menyedari kejadian itu semasa berada di kaunter sebuah supermarket untuk membayar barangan yang hendak dibelinya, maka terpaksalah dia melupakan pembelian baragan tersebut. selepas seminggu kehilangan tersebut barulah dia datang ke JPN untuk membuat penukaran MYKAD, petugas kaunter JPN (siapalah ini orang arr..hehe) mengarahkan supaya dia membuat laporan polis di pejabat polis berhampiran, malangnya arahan itu dibantah olehnya, puas petugas kaunter memberi penerangan tetapi dia tetap berkeras untuk tidak membuat laporan polis atas alasan pejabat polis jauh dari JPN, pemohon terus keluar dari pejabat JPN dengan wajah tidak puas hati. Beberapa jam kemudian pemohon muncul semula di kaunter dalam keadaan kurang betul (MABUK) dan petugas kaunter terpaksa membuat penukaran MyKadnya tetapi kompaun kehilangan MyKad tetap dikutip seperti kes kehilangan yang lain. (RM110-kehilangan kali pertama). Beberapa bulan kemudian datang beberapa orang anggota polis ke JPN untuk bertanyakan tentang hal pemohon ini, menurut anggota polis tersebut lelaki ini didapat melakukan kes pecah rumah di daerah YY. Rupa-rupanya, polis terjumpa MyKad lelaki itu dalam rumah yang baru dipecah masuk beberapa minggu bulan selepas kehilangan Mykad tersebut. lelaki tersebut telah dibawah ke balai untuk memberi keterangan tentang pertuduhan tersebut. menurut lelaki itu dia tidak pernah keluar dari daerah XX tersebut, bahkan tidak pernah menjejakkan kaki ke daerah YY itu, dan ianya disahkan oleh kedua ibu bapa lelaki tersebut. selepas kes itu disiasat dan teliti akhirnya polis membuat keputusan bahawa kes itu adalah kes penganiayaan. lelaki itu didapati tidak bersalah.

yang menyusahkan lelaki tersebut ialah apabila di tahan oleh polis, berulang alik ke pejabat polis untuk memberi keterangan kes. nah!!! elok2 dulu sekali ja buat laporan polis, sekarang!!! sendiri mau ingat BROTHER!!!


kalau dah kena sugest buat laporan tuh jangan lah membantah.!!! ish2...


korang mau ka jadi mcm bgni....tapi boleh femous tau!! hehehhe