12 September 2012

PERBETULKAN NIAT

Saya memang tidak pandai menulis, apa lagi kalau mahu berpuitis dengan ayat ayat gramatis, saya akui saya sangat lemah dalam bab tersebut dan sangat teruk. Jadi dengan makluman tersebut janganlah kamu mahu membandingkan coretan saya ini dengan coretan seorang biduan atau seorang penulis terkenal. Alamak terlebih sudah ini.... Sebenarnya bukan itu yang mahu saya debatkan di sini, (debat??) ermmm biarlah....

Apa perasaan kamu kalau secara tiba tiba datang seseorang yang mahu berurusan dengan keadaan sedia kala marah...marah..marah...wuuiii marah saya, dia fikir tiada... Tidakla, sekurang kurangnya hormatlah sikit dengan orang lain yang boleh tenang mengikut peraturan yang di tetapkan "AMBIL NOMBOR". Ini tidak, dengan selambanya terus duduk depan kaunter, marah-marah. "mana bos kamu saya mahu jumpa" ..... "encik, boss kami hari ini ada urusan di ibu pejabat kalau mahu jumpa dia, besok baru boleh"... "ini bah dokumen saya, bila mau siap sdh 1 tahun tidak siap".. "cuba saya tegok dokumen tu encik"... wuiii na dia baling saja wooo...ko ingat ko mau kasi makan ayam ka ni main buang buang saja.... dengan tidak semena mena tahap tekanan darah saya yang pada ketika itu suam2 kuku tiba tiba menggelegak, bak air yang sedang mengelegak dimasak... Tapi buat buat tenang saja...kawal emosi..kawal hormon...

Ooooo kes ini, saya menjelaskan secara ringkas akan kes yang di alami dan memberikan beberapa syor yang perlu dia buat kalau mahu menyelesaikan masalah itu.. dia bangun terus cakap.. " sayE niE kerjE di semenanjung, bilE pergi semak dekat sanE, mereka bagi tahu kenE tunggu, smpai bilE sayE nak tunggu..".. dengan menggunakan loghat semenanjung...wuiii na busss ko sakap samananjung sama siaa... tadi mula2 ko sakap masam urang sabah saja, lama2 ko sakap loghat semananjung sudah arr... tarang tarang dalam sistem ko punya bangsa Dusun busss...(dalam hati sahajala..hehehe) "Macm ni lah encik, besok encik datang dan cuba berurusan dengan boss saya.." saya dengan penuh rasa rendah diri cuba untuk melembutkan hati untuk berbicara sama dia.... makin saya cuba main lembut lembut makin dia mau kasi up dia punya suara, dengan cuba mengugut " kalau begini bagus sayE jumpa di ibu pejabat, sayE nak jumpa menteri...." lantak hang la Encik huiii, nak jumpa sapo2...hang punya hal.. saya ok syak..."kalau encik mau jumpa di ibu pejabat or menteri silakan, saya tiada halangan, mungkin itu yang encik paling rasa terbaik, go on sajalah" saya tahu nada saya sudah ke arah PANASSS...sangat2 PANASS.....

Saya dengan penuh amarah menjelaskan satu demi satu, kenapa, bagaimana, itu perkara boleh terjadi... dengan penuh harapan dia faham... dengan suara yang hampir mau menjadi singa yang bersedia untuk menerkam mangsanya...akhirnya si pengunjung tadi mula merendahkan suara... "saya bagi encik nombor telefon di bilik boss besok encik cuba telefon.." akhir kata dari saya..hhuh

"iyalah nanti besok saya cuba,".... si encik pelanggan tu pun berlalu dengan kecewa (mungkin!!).... tapi apa yang saya dapat buat... saya bukanlah punya kuasa untuk memberi keputusan dalam masa itu....saya KULI saja OKEHHH!!...adeiii..bukan BOSS!!.. meneliti semula maklumat serta dokumen beliau (yang sempat saya fotocopy, untuk bahan kajian, cehh2..tidaklah bukan bahan kajian, sekadar untuk difailkan sebagai kes bermasalah bg fail saya lah...)... beliau merupakan seorang anggota tentera yang telah berkhidmat lama dalam agensi tersebut.... berpangkat sarjan!!! cuma orangnya tiada misai..hahahha...kalo tidak tadi boleh buat kata ganti diri ketiga sebagai sarjan misai....hahahha... gurau dohhh!!..

Persoalannya, Bagaimana seorang yang berpangkat dalam sesuatu agensi ini berurusan dengan cara ini... mana etikanya, mana peraturannya... huh!!...musykil kan?.. apa2 sahajalah kan, jangan salahkan dia 100%.... terdetik juga rasa marah dengan penerangan rakan perkhidmatan kaunter di semenanjung malaysia, yang menyuruhnya untuk kembali berurusan di sabah...ermm... secara dasarnya haruslah berurusan dengan bahagian yang telah membuatnya, tapi janganlah sampai menyusahkan mereka...adoiii...zaman teknologi..kalau tidak tahu guna email, telefon... pakai surat pun boleh....haiyyaa....

Tapi saya percaya, Setiap mereka punya penjelasan tersendiri, baik saya, sarjan tadi dengan rakan setugas di semenanjung.... saya pasti setiap satu ada pernjelasan masing masing...  Saya berharap agar encik sarjan itu dapatlah selesaikan masalahnya, disebabkan pada keesokan harinya, tidak pula kelihatan dia berada di ruangan pejabat atau di bilik boss....

Cuma untuk pesanan sahaja, tolonglah kalau mahu berurusan, tidak kiralah di mana sahaja urusan itu mahu di lakukan, Haraplah perbetulkan Niat anda terlebih dahulu.... jangan sahaja kita di cop orang yang tidak beradab...huihh

p/s: jangan bikin Panas.... nanti kana ceramah tiada MAKAN...