10 April 2011

Maaf, Saya Masih Menyangka Kamu Masih Seperti Dulu.


Asalamualaikum....



Apa khabar anda sekalian, lama tidak mencarut di blog ini. rasanya folower saya masih juga 3 orang...kesian kan...hahahha.. Btw saya bukannya mengejar folower pun.. sekadar menghiburkan hati... bila rasa bosan dan stress, lakaran dan coretan2 dalam blog inilah yang selalu saya baca... terhibur dengan karangan sendiri... selain melatih jari jemari saya yang hensom ini supaya menaip dengan baik.. hehehe.. Selalunya saya menulis dalam blog ini berkaitan dengan keadaan sekeliling saya sendiri..apa yang saya rasa mahu kongsi, saya akan kongsi..biarpun penulisan itu bukan lah ilmiah mahupun jadi bahan rujukan para peng copy paste fakta untuk asigment (termasuk diri ini jugalah), tapi sekadar cerita2 kosong yang menghiburkan diri ini.. iyalah kan bukan semua orang suka hasil tulisan kita.


Berbalik pada tajuk entri saya kali ini, Maaf, Saya Masih Menyangka Kamu Masih Seperti Dulu, sebenarnya apa yang saya mahu smpaikan ialah tentang rakan-rakan saya masa zaman sekolah dulu. Kadang2 terserempak dengan mereka di pasar, di supermarket, masjid dan di pekan. Seriously saya cakap kadang2 saya tidak berapa sure dengan wajah anda, "dia ka ni, kah orang lain". ini menjadikan saya segan untuk memulakan perbualan takut tersalah orang, especially kawan2 di sekolah lama macam di sekolah rendah dulu di sk luagan, di sekolah menengah smk keningau 2, Alhamdulillah bagi kawan2 yang dari SEMEKAR dan Gunsanad, saya masih mengenali anda semua, especially my class Al-Biruni 2004-2005 and Pra-U2 2006-2007. Tapi janganlah tunggu saya yang tegur dulu. Mata saya ni kurang mengecam kehadiran anda kalo dari jauh, so tegurlah saya kalo saya tidak mendahului menegur anda. hehehe..


Btw berbalik pada entri kali ini, saya mempunyai ramai kawan di zaman sekolah dulu, iyalah kan sekolah pun ada 3 smkk2,semekar dan gunsanad, dan di ketiga2 sekolah ini saya punyai ramai kawan yang berbeza2 personaliti dan gaya..arab say "fieel"..hehe. Ada yang baik, ada yang kurang baik, ada yang kurang jahat dan ada juga yang Jahat tapi tidaklah banyak. Ada yang dengan kesamsengannya, merokok, lompat sana, lompat sini macam beruk makyeh, teriak sana teriak sini macam ayam mati kebulur..tapi jangan lupa bukan semua, ada juga yang baik, ada yang suka bagi nasihat, ada yang khusyuk dengan stdynya..ada yang pendiam dan banyak lagi bentuk perilakunya. kalo mau disebutkan sini alamat penuhlah blog ini.. hehehe..berjumpa dengan kawan-kawan lama ni memang rasa best. yang best tersangat apa lagi kalo crita pasal dulu2 kan. Tapi apa yang mengecewakan saya, ada kawan yang dulunya perangainya baik, sopan, tiba2 berubah kepada yang antonimnya.. dari bertudung kpd tidak bertudung, dari tidak bertattoo kepada bertattoo, dari seorang yg mengatakan TAK NAK pada rokok sekarang sdh cakap NAK!!.. itulah perubahan manusia, kadang2 rasa macam lebih baik masa yang lalu terus kekal, tapi itulah perjalanan hidup manusia ni, ada pasang surutnya. mungkin dorang ni tidak mahu keremajaan dorang ini dipersiakan, MUNGKIN, its my opinion nda lebih dari itu..hehehe.. Saya bukanlah mahu menuding kesalahan ini pada diri mereka sahaja, saya juga MENGAKU saya tidaklah baik sangat pun, saya bukannya bagus dari segi penjagaan tingkah laku. kadang-kadang saya sendiri keluar dari landasan yang sebenar dan kadang2 banyak perkara baik ini saya lupa (TAPI JANGAN LUPA INGATAKN SEMULA). saya ambil contoh terdekat...dulu SOLAT 5 waktu, lama-kelamaan tinggal 1 waktu itupun sekali seminggu,(hari jumaat) tapi bila fikir punya fikir kita juga yang SALAH kan, sebab kita yang terleka dengan keindahan dunia hingga lupa gambaran hebatnya syurga di akhirat kelak..(InsyaALLAH, saya dalam misi memperbaiki diri juga, saya harap kawan2 saya sekalian pun mencuba untuk memeperbaiki diri. Alhamdulillah sekarang saya boleh balik seperti dulu kerna kita MAMPU MENGUBAHNYA)..


Jom sesama tadah tangan kejap, kita doa sama2.."Ya ALLAH ya tuhanku lindungilah kami dari kesesatan yang telah syaitan janjikan kepada umat Muhammad, bimbinglah kami kejalan yang sebenarnya agar kami tidak terpesong dari jalan yang ENGAKAU redhai..AMIN!!! ....


Semakin menulis makin menyimpang pada landasanya kan, sebenarnya mahu tulis tentang kawan yang dulunya seorang yang boleh dikatakan kurang baik, dulu ianya saya katakan NAKAL tidak bertempat... kalo dulu bila sama2 dalam kelas, dialah selalu buat hal, kalo dulu di sekolah dialah yang selalu hilang, kalo dulu cakap dengan kita pun suaranya kasar, dan kalo dulu respeknya pada kita tiada.. Tapi apa bila saya berjumpa semula dengan dia dan dia dan dia ini, persepsi negetif itu masih kekal dalam jangkauan awal akal, dialah dulu yang selalu ganggu saya, mengata saya, cakap lepas dengan saya...buat itu ini yang nda baik terhadap bnyak pelajar....tapi sebagai seorang kawan saya masih mahu untuk menegurnya...ikuti contoh perbualan di bawah...


Saya: Asalamualaikum...si dot.dot.dot kan..

dot3: waalaikumsalam...ya, si Sukri bah ni..apa khabar? macam sekarang? d mana skarang?(terlebih soalan pulak dia ni)

saya: baik, ko macam mana, saya macam nilah..(saya jawab lah soalan dia)

dot3: duduk dulu bah crita2 dulu kita...

saya: ok.


sepanjang sejam bercerita dengan dia ini, mulutnya dulu yang tiada secalit senyuman mampu senyum pada saya.. ceritanya juga mampu membuatkan saya rasa lain dari lain, bukan seperti dulu lagi.. ianya amat berbeza.

mungkin dia sudah mula berfikir tentang siapa dia 3 atau 5 tahun akan datang. tidak akan kekal seperti dulu... PASTI akan berubah, mungkin jua bagaimana dia mau mencorak dan mewarna masa depan dia.. mungkin!! sebab saya juga memikirkan benda yang sama. tapi mungikn saya lebih dahulu memikirkannya, barulah dia.. saya betul2 tidak menyangka yang dia akan menjadi sebaik sekarang, perbualan dia penuh dengan tapisan yang baik.. TIDAK SEPERTI DULU...


MAAF, SAYA MASIH MENYANGKA KAMU MASIH SEPERTI DULU.......

No comments: