
Asalamualaikum..
Beberapa hari ni susah betul mencari masa untuk menjenguk blog ni, malah facebook tu pun lama sudah nda terbuka, baru hari ini ada masa, bolehlah update status sana 1 , 2 kali, tengok respon kawan-kawan, itulah cara saya menghiburkan hati sementara berada di sini. Kawan mau bawa becerita tiada, jiran seblah bilik ni pun sibuk seja, balik tengah malam terus tidur. Ermm, tinggallah saya sahaja yang berada di sini dalam bilik yang sunyi dengan bunyi cicaknya, bunyi cengkeriknya, nda lama lagi tu berbunyilah cicak tokek tu..tok-kek, tok-kek!!!! Bosan sudah sa dengar lagu- lagu yang didendangkan oleh sang-sang haiwan ini. Mahu baca buku pun saya rasa buku tu pun malas sdh mengadap saya (padahal saya yang MALAS), tapi tulah exam dekat sudah, membacanya teda. Apalah mau jadi lepas ini saya pun nda taw.
Paper sejarah eropah kemarin, adoi minta maaf lah en pensyarah, masuk jak dewan exam saya blank sudah fakta2 dalam otak semua sudah bercampur aduk. Saya pun tidak tau mahu kasi muntah fakta yang mana, muntah fakta ni fakta tuh mau ikut juga. Bercampur-campur sudah. Saya pun nda taw mau cakap apa sama tu paper, mengharap keajaiban sajalah ni. Kalo rezeki lulus, insyaALLAH lulus lah tu, kalo inda ermmm mengulanglah lagi, tapi kalo boleh janganlah.
Minggu depan paper penulisan dalam perhubungan awam pulak, yang ini saya teda nota. Saya tidak faham dan saya memang inda faham, apa yang saya tahu ianya digunakan dalam urusan perhubungan awam. Ermm,, masih kurang ilmu den ni, sabo je lah…wahhahaha… tapi kenalah usaha mencari lobang-lobang ilmu itu, baru mau cari kah? Inilah dia si last minit! Lepas paper ni paper last akan menyusul, paper yang saya dan kawan-kawan semua kena membaca dengan sehabis baik, sebab banyak fakta dan nama-nama tokoh kena hafal. Toeri-teori yang di bawah, inilah dia paper falsafah. Ermm!! Sebenaranya saya sudah menyimpang jauh dari tajuk entri saya ni. Hahaha… tapi biarkan saya mulakannya semula pada perenggan yang seterusnya..heheheh
Paling merisaukan otak fikiran saya sekarang ni pasal DUIT, duit…duit…duit..mana mau cari duit, kereta saya akan menyambut hari jadinya yang kesekian kalinya. Dan perbelanjaan yang besar perlu saya keluarkan untuk itu. Insurnt lagi, penyelngraan lagi, dan rod tax lagi, semua perlukan MONEY, money..money..money. yuran pembelajaran saya di UMS pulak sem ni melebihi jumlah pinjaman yang saya buat dengan peminjam tegar pemiutang tegar negara (PTPTN), kenapa itu berlaku di masa saya mengalami defisit kewangan yang sangat teruk.. teruk..teruk.. perlukan saya pigi mencuri duit di bank atau menjadi penyamun separuh masa, menyamun hasil-hasil getah orang kampung, menculik anak orang dan meminta wang tebusan. Oh rasaya tidak sampai ke situ menyimpangnya iman saya, masih di tahap waras otak saya untuk berfikir.
TAPI macam mana…..macam mana mau selesaikan masalah ini, soal yuran pembelajaran tu saya sudah settle kan tinggal lagi harijadi kereta ini yang masih membingungkan. Jadi saya balik kampunglah minggu lalu, bukan pg meneruskan agenda saya di atas tu, tapi pigi slow talk dengan mama saya. “ ma, nanti bulan enam ni tolong tambah duit saya bayar insurant kereta saya ar…hehehhe”.. jawapannya!!! Hehehe.. dia (mama saya lah) tidak cakap boleh juga tidak cakap tidak boleh, dia diam sahaja. Tapi saya tahu dia akan tambah duit saya tu untuk insuran. Kan..kan..kan..!! itulah mama saya. Hehhe..Baik tak!!!..baik kan..kan.. ya lah manalah ada mama yang jahat kan. Tapi yang itu baru sikit yang ditunjukkan oleh mama, ibu, ummi, mummy,mak kita, malah banyak lagi pengorbanan dorang ni dengan kita. Dari kita masih dalam perut smpailah kita sekarang kan.
Jadi bersempena dengan hari ibu yang jatuhnya pada 8 mei 2011 ini, pada hari ahad, saya mahu mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu di malaysia, terutamnya buat mama saya. I LOVE U mama. Walaupun saya tidak dapat balik untuk meraikan hari ibu bersama-sama. Tidak mengapa. Doa saya selalu mengiringimu dan sebab HARI-HARI ADALAH HARI IBU bagi saya. Tidak dilupakan juga pada BAPA saya yang menyanyangi MAMA saya dengan sepenuh jiwa dan raga. Semoga keluarga kita di bawah kerahmatan dan payung cinta ALLAH. AMIN