7 May 2011

AKHIRNYA boring JUGA!!!



Assalamualaikum., semalam baru sahaja update blog ini, tapi pagi ini macam mahu mengupdate lagi dan mungkin akan terus menupdate pada hari ini kalu idea mencurah-curah ke ladang gandum. Almaklumlah, tiada kerja yang mahu dilakukan. Keseorangan di rumah, terfikir mahu ke kota kinabalu tetapi terpaksa membatalkan niat sebab isnin saya kena bertugas lagi sehari untuk minggu depan, dan selepas tu saya kena berada di kota kinabalu bagi mehabiskan peperiksaan akhir untuk semester ini. Kalau saya ke kota kinabalu minggu ini dan balik pada hari ahad, akan bertambahlah kos yang saya keluarkan untuk itu. Ermm..susah!!. tapi, bila berseorangan di sini saya rasa sangat bosan tahap kebosanan yang tinggi.


Bilakah lagi saya mahu balik ke kampung. Minggu depan? Ermm kena fikir juga ni, bila bosan-bosan begini. Rancangan mahu ambil cuti hari jumaat ini dan akan bercuti sebelum hari wesak 17hb mei ini, tapi kawan-kawan yang lain sudah ada agenda tersendiri pada masa itu yang membantutkan rancangan cuti saya. Mesti ada antara mereka yang mengatakan saya ini sudah mengambil cuti terlalu lama, iaitu hampir dua minggu saya tidak masuk bekerja, tapi saya bukannya barcuti saja-saja, makan angin, atau pergi bercuti-cuti malaysia, saya hanya berada di kota kinabalu atau lebih tepat lagi di Universiti Malaysia Sabah untuk menduduki peperiksaan akhir semester ini. Sedikit pun saya tidak merasa rehat, mungkin rehat untuk bekerja di pejabat tetapi otak saya ini sentiasa bekerja untuk mengeluarkan fakta-fakta semasa membuat ulangkaji dan semasa peperiksaan sedang dijalankan. Saya masih memerlukan cuti rehat yang panjang untuk mengembalikan kesegaran saya.





Ramai yang mengatakan saya ini sudah cukup baik, bekerja sambil belajar, senang sikit, tapi kalau anda yang mengatakan begitu sebenarnya anda sudah silap, cuba anda merasai sendiri keadaan ini, saya pasti suatu keluhan akan terpacul pada mulut anda. Saya pasti. Hanya kekuatan fizikal dan mental sahaja yang mampu melawan rasa itu. Pernah suatu ketika dulu, saya meluahkan rasa untuk berhenti sahaja dari terus melanjutkan pengajian saya ini, sebab tekanan kerja dan tekanan pelajaran, tapi selepas memikirkan tentang kos yang saya telah laburkan semasa pengajian sebelum ini, saya merasa sangat rugi sekiranya saya berhenti, jumlah wang yang saya telah laburkan, masa yang saya telah buang untuk ini, hanya kerana penat saya mahu berhenti belajar, dan hanya bergantung dengan kewangan yang ada pada masa itu, rasanya tidak akan cukup. Bukan itu sahaja, tetapi kesedaran pada pelajaran juga telah membenamkan perasaan untuk berhenti. Kenapa mahu berhenti, orang di luar sana berebut mahu dapatkan peluang untuk melanjutkan pelajaran. Kenapa saya melepaskan peluang yang telah diberikan. Semangat kawan-kawan juga pendorong kepada saya untuk terus belajar. Saya memandang mereka yang masih belum mempunyai pekerjaan yang tetap, tapi tetap mahu meneruskan pelajaran, kenapa saya tidak, melihat mereka yang bekerjaya seperti saya, ada yang datang dari jauh, lebih jauh dari tempat saya sekarang, kenapa mereka masih boleh meneruskan pengajian. Selepas memikirkan semua itu saya pun membulatkan tekad saya untuk terus belajar. Akhirnya motto UMS “Bertekad Cemerlang” kini saya FAHAMI.

No comments: