Asalamualaikum,
jumpa lagi kita di hari berbahagia ini.hari ini mau kongsi pasal apa erkk!!..oh ya!!! rentetan dri berlambaknya jemputan ke majlis2 pertunangan, perkahwinan dll..
jumpa lagi kita di hari berbahagia ini.hari ini mau kongsi pasal apa erkk!!..oh ya!!! rentetan dri berlambaknya jemputan ke majlis2 pertunangan, perkahwinan dll..
Jika ditanya soal cinta, soal kekasih, soal perkahwinan pasti saya akan menjawab, belum masanya, belum tiba ketikanya untuk saya memikirkan tentang hal itu. Kenapa? Jawapannya senang saja, menaggung perbelanjaan untuk diri ini pun belum cukup lagi apatah lagi untuk menaggung perbelanjaan apabila sudah berkeluarga(kahwin). Saya mahu menjawab tiga persoalan ini.
1.cinta – saya rasa masih terlalu muda untuk mengejar cinta, Orang cakap cita-cita seiring dengan cinta. Of kos lah dekk!!!.. cinta ni besar maksudnya. Cintakan ALLAH, cinta kepada ibu bapa, ahli keluarga, rakan-rakan. Cita-cita tidak mungkin tercapai sekiranya tiada restu ibu bapa, tiada pertolongan dari ALLAH. Why not cinta seharusnya seiring dengan cita-cita.tetapi bukan cinta pada sang kekasih yang bernama wanita. (buat sementara waktu)
2. kekasih – buat sementara waktu biarlah kekasih saya hanyalah ALLAH, dan my keluarga. orang cakap (orang cakap lagi) kadang-kadang mempunyai kekasih bernama wanita ini mampu memberi kita dorongan untuk lebih berjaya, tapi tak salah kalau saya katakan kawan-kawan sekeliling saya lelaki mahupun perempuan adalah pendorong kepada usaha saya ke arah yang lebih baik.
3. berkahwin – huh!! Nampak para 1 dan 2. Sudah pasti dapat jawpannya kan. Ada jodoh panjang umur nanti kiter citer..cue citer..cue citer…
kalau kita mendalami ilmu agama lagi dalam ilmu munakahat (hukum munakahat berhubungan dgn masalah/tata cara perkawinan,hukum2nya,syarat2 perkawinan dalam islam) yang mana agama islam membariskan beberapa hukum berkahwin bagi lelaki iaitu WAJIB, SUNAT, HARUS, MAKRUH dan HARAM. Wajib berkahwin sekiranya ianya mampu untuk membayar mas kahwin dan juga mampu zahir dan batin dan apabila yakin yang dirinya tidak mampu mengelakkan diri dari perkara maksiat(zina). Sunat berkahwin kepada orang yang mampu, tetapi yakin bahawa dirinya boleh mengelakkan perkara2 yang maksiat, ini adalah hukum asal sebuah perkahwinan. Harus berkahwin bagi seseorang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tidak berkahwin serta mampu. Makruh berkahwin sekiranya seseorang itu bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya. Di samping itu, dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu dan juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi peperangan. Haram berkahwin pula Bagi seseorang yang tidak dapat menunaikan kewajipan2 terhadap isterinya lahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiaya.
saya masuk bab agama dah ni, “lama sudah tidak mengasah otak untuk ilmu agama ini jadi untuk menyegarkan semua, saya perlu keluarkan” . Alhamdulillah saya masih mampu mengingati semula. Tapi banyak juga beberapa istilah dalam ilmu munakahat ini saya sudah lupa maksudnya seperti I’lak, Khuluq, Li’an, Mahalil. Kena buka buka lama lah balik ni.
Hehehehe….terlebih pulak, tajuk entri tersasar lagi. Apa pun harapnya kita mendapat ilmu dari entri kali ini. Mungkin inilah entri pertama saya yang berunsurkan ilmiah dan ada unsur jenaka sikit2 hehehhe… harap perkongsian ini mampu membantu kita semua. Bukan apa saja2 bah mau menulis, ialahkan musim cuti sekolah pun mau dekat sudah, maka lambakan jemputan ke majlis perkahwinan pun makin banyak, jangankan kad, facebook pun banyak. Hehhehe. Maka lambakan lah juga PERTANYAAN CEPU EMAS ini dikeudarakan….. kawan-kawan masa sekolah dulu pun banyak sudah yang menamatkan zaman bujang masing-masing. Selmat menempuh alam rumah tangga kepada rakan-rakan, teman-teman dan sahabt-sahabat sekalian. Enjoy ur weding, bahagia sepanjang hayat. ok baye. take care!!!!!!!!!!! hehe
No comments:
Post a Comment