semua coretan adalah pendapat peribadi, sekiranya ada yang terasa. saya mohon maaf.
30 March 2011
PEPERIKSAAN MELABUHKAN TIRAINYA
BERBAHASA DENGAN CARA YANG BETUL.


MENUJU KE MEDAN TEMPUR....

29 March 2011
Di sem akhir tahun 3
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
24 March 2011
isu anak tak sah TARAF...wow!!!

Kelahiran anak adalah sesuatu yang sangat dinantikan oleh semua pasangan suami isteri. Kelahiran ini yang akan mencorak kehidupan, kebahagian dan keharmonian berumah tangga kepada semua pasangan suami isteri. Akan tetapi, tidak semua pasangan suami isteri itu dikurniakan anak selepas berkahwin, ada yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkannya, malah ada yang langsung tidak dianugerahkan anak sepanjang tempoh perkahwinan sehinggakan ada yang mengambil anak orang lain untuk dijadikan anak angkat. Malangnya ada juga di kalangan manusia ini yang sanggup menggugurkan, mendera dan membuang anak tanpa belas kasihan. Mungkin kerana tidak mahu anak yang dilahirkan tanpa seorang ayah, fakta ini tidak mustahil. Ini kerana peningkatan jumlah kelahiran anak tak sah taraf semakin meningkat saban tahun. Contohnya di negeri sabah jumlah kelahiran anak tak sah taraf sahaja dari tahun 2000 hingga 2008 seramai 8,435 orang.
Mengikut perundangan pendaftaran di negeri sabah pendaftaran syeksen 10 merupakan ordinen yang digunapakai bagi kelahiran anak tak sah taraf. Anak tak sah taraf dalam maksud jabatan pendaftaran negara merupakan pendaftaran kelahiran anak yang terdiri dari kanak kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin ataupun bagi golongan wanita yang melahirkan anak tanpa suami yang sah atau lebih dikenali sebagai ibu tunggal tanpa suami. Maklumat dalam sijil kelahiran akan tertera perkataan pendaftaran syeksen 10 di bawah sijil kelahiran kanak-kanak tersebut menandakan bahawa kelahiran adalah di bawah ordinen pendaftaran tersebut.
Bagi kelahiran anak tak sah taraf untuk pendaftaran syeksen 10 bagi yang beragama selain agama islam ordinan ini tidak begitu digunapakai kecuali bagi kes ibu yang mengandung tanpa seorang suami yang disahkan oleh ketua kampung, mahkamah anak negeri, gereja dan jabatan pendaftaran negara, ataupun sekiranya si suami enggan mengaku sebagai bapa kepada anak tersebut. Bagi pendaftaran kelahiran untuk mereka yang beragama islam pula ianya tertakluk kepada hukum syarak yang telah digariskan oleh jabatan hal ehwal agama islam negeri sabah (JHEAINS) dan mahkamah syariah. Dalam kes ini ibu bapa yang tidak berkahwin secara sah dari JHEAINS merupakan antara yang akan mengalami masalah kelahiran anak tak sah taraf, yang mana sijil perkahwinan yang sah dari jabatan tersebut tidak diperoleh, apabila mereka ingin mendaftarkan anak mereka masalah ini akan timbul. Selain itu, wanita yang melahirkan anak tanpa seorang suami dan juga golongan wanita yang teraniaya seperti dirogol, kes ini semua tertakluk dalam pendaftaran syeksen 10.
Anak tak sah taraf juga terjadi kepada pasanagan suami isteri beragam islam yang melahirkan anak kurang dari enam bulan qamariah iaitu kelahiran yang berlaku selepas perkahwinan tetapi perkahwinan tersebut kurang dari enam bulan selepas anak dilahirkan. kes ini adalah kes yang terbanyak dicatatkan iaitu perkahwinan berlaku selepas ibubapa kanak-kanak tersebut mengadakan hubungan seksual. Apabila mendapat tahu bahawa pasangan mereka mengandung selepas melakukan hubungan terlarang tersebut barulah mereka tergesa-gesa untuk mendaftarkan perkahwinan mereka yang sah.
Sijil kelahiran anak biasanya tertera beberapa bahagian maklumat iaitu maklumat anak, bapa, ibu dan juga pemaklum. Terdapat dua bentuk sijil kelahiran bagi nak tak sah taraf menurut ordinen pendaftaran syeksen 10 perundangan negeri sabah ini. Yang pertamanya bahagian maklumat anak, bapa, ibu dan juga pemaklum ini akan diisi oleh pendaftar, manakala sijil kelahiran yang keduanya pula bahagian maklumat anak, ibu dan juga pemaklum sahaja yang diisi oleh pendaftar dan kebiasaannya kelahiran anak akan dimaklumkan oleh orang yang terdekat seperti ibu bapa kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut dan bukannya ibu bapa kanak-kanak itu sendiri. Masalah ini sering berlaku disebabkan rasa malu oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut.
Apa yang merunsingkan dan merisaukan kita sejak akhir-akhir ini, kita sering mendengar dan melihat kes-kes kelahiran anak tak sah taraf ataupun kelahiran anak yang tidak mempunyai maklumat bapa berlaku di negeri sabah ini. Berdasarkan kepada laporan rasmi, yang dikeluarkan oleh jabatan pendaftaran negara (JPN) melaporkan bahawa terdapat lebih 257,000 kelahiran anak yang telah didaftarkan sijil kelahiran mereka tanpa maklumat bapa di Malaysia pada sijil lahir dan dengan cetakan syeksen perundangan anak tak sah taraf ini. Seramai 8,435 orang adalah kanak-kanak negeri sabah yang mana sijil kelahiran mereka tertera perkataan pendaftaran syeksen 10.
Menurut laporan dari JPN juga hasil tinjauan mereka berlaku peningkatan kadar kelahiran anak tak sah taraf ini di negeri sabah pada setiap tahun. Masalah ini semakin rumit apabila mereka yang tertakluk pada peraturan ini melenting, marah dan malah tidak berpuas hati dengan perundangan yang sememangnya sudah termaktub dalam perundangan di negeri sabah sejak dahulu lagi. Siap yang bersalah dalam hal ini? Kita ataupun sistem perundangan? Sedangkan undang-undang ini telah digunapakai semenjak kita belum dilahirkan lagi. Tapi mengapa kes ini masih mahu disuarakan, dengan gaya yang tidak berpuas hati, sepatutnya perkara ini seharusnya dibendung dari awal agar perkara ini iaitu pendaftaran anak tak sah taraf tidak berlaku.
16 March 2011
EUTHANASIA

Euthanasia
Euthanasia dikatakan sebagai suatu kematian yang baik. Ini adalah dengan mengakhiri kehidupan seseorang yang dilakukan orang lain untuk mengurangkan rasa sakit dalam penderitaan yang berpanjangan. Terdapat dua bentuk euthanasia iaitu secara sukarela dan bukan sukarela. Sukarela, Seseorang pesakit akan merasakan kematian sendiri adalah amat menyakitkan oleh sebab itu, pesakit meminta bantuan untuk mempercepatkan proses kematiannya ataupun dibantu membunuh diri. Bukan sukarela pula, menyebabkan kematian seseorang yang sudah tidak tiada harapan untuk sembuh, ini termasuk bayi dan orang yang dalam keadaan koma. Bagi mereka yang bersetuju bahawa euthanasia adalah baik, mereka mengatakan bahawa ianya adalah wajar dilakukan. Kebanyakan mereka yang menerima kaedah euthanasia berhujah bahawa proses tersebut dapat membantu pesakit yang sudah tidak ada harapan untuk sembuh. Ini disebabkan ia dapat mengakhiri penderitaan yang dialami oleh pesakit tersebut serta dapat mengurangkan kos perubatan yang terpaksa ditanggung oleh si pesakit bagi meneruskan rawatannya. Selain itu, pihak pro-euthanasia mendakwa si pesakit tidak boleh 'dipaksa' untuk hidup dengan cara terus memasang peralatan tertentu sehingga menyiksa pesakit. Mereka juga berpendapat pesakit mempunyai hak untuk menentukan sama ada mereka perlu terus hidup atau mati, kerana seseorang yang tidak ada harapan untuk sembuh dan dalam keadaan derita seharusnya diakhiri kehidupannya daripada terus menderita dalam hidup. Tetapi apakah itu wajar? Adakah perkara ini rasional menurut pemikiran yang waras? siapa yang berhak untuk mengakhiri kehidupan orang lain? Siapakah yang berhak berkata apakah kehidupannya sudah tiada harapan? Mereka juga berhak atas hidup mereka. Bayi-bayi yang lahir cacat, orang yang lanjut usia, orang yang dalam keadaan sakit tenat, orang yang terganggu mentalnnya cenderung menjadi bahan euthanasia. Bagi yang meminta untuk dieuthanasia, mereka sebenarnya tiada hak terhadap mempercepatkan kematian mereka, mereka seolah-oleh meminta pertolongan daripada pihak lain untuk bantuan membunuh diri, lain hukumnya, apakah hukum membunuh diri? Yang pastinya agama islam melarang perbuatan keji ini. Menurut ajaran agama Islam peringatan Allah terhadap pembunuh adalah azab yang sangat luar biasa dan kekal dalam neraka sesuai dengan firman Allah dalam Al-Quran surah An-Nisa ayat 93 yang bermaksud: “Dan barang siapa yang membunuh seorang Mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah Neraka Jahanam, kekallah ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutuknya serta menyediakan azab yang pedih baginya, begitu besar peringatan Allah. Layakkah manusia mengakhiri nyawa manusia? Mengikut pemikiran yang waras dan rasional sememngnya tidak layak sama sekali, hanya Allah sahaja yang berhak terhadap hamba-hambanya. Tidak salah sekiranya kita membiarkan mereka hidup dan mati secara semulajadi. Mati itu PASTI, tetapi yang berhak ke atas kematian hanya Allah.
3 March 2011
JALAN keningau ke tambunan.....seram!!!
seperti kebiasaannya saya akan bertolak dari rumah ke tempat kerja pada waktu pagi iaitu jam 3 atau jam 3 setegah, memakan masa hampir 5 jam untuk sampai ke tempat kerja. sebelum memulakan perjalanan sempat juga bercerita dengan mama dan bapa. selepas bersalaman dengan mereka saya memulakan perjalanan dan berharap agar tidak berlaku sesuatu terhadap perjalanan saya. pagi itu tidak seperti pagi hari-hari yang lain. kebiasaannya saya akan bersama dengan para pemandu lain yang mungkin sama situasinya dengan saya yang mahu balik ke tempat kerja, tetapi pada hari itu saya tidak melihat atau tidak ada tanda-tanda bahawa ada kereta yang lain bersama saya. mahu tidak mahu saya terpaksa untuk meneruskan perjalanan saya. kalo saya lambat jalan, maka lambatlah saya masuk pejabat. saya teruskan perjalanan saya sehinggalah di sungai kg apin-apin, saya mula merasa sesuatu yang menyeramkan. "ahh..mainan persaan saja bah tu kali, peduli lah"... saya terdengar suara bayi menangis, tetapi saya tidak mempedulikannya." baisalah bah kali tu, kawasan perumahan ada anak kecil yang nangis minta susu.., saya mempercepatkan pergerakan kereta tanpa menghiraukan krisis masyarakt itu..
saya menceritakan perkara ini BUKANNYA untuk menakutkan saudara - saudari sekalian alam yang selalu melalui jalan tersebut, tapi buat peringatan sahaja lah, kalau kita mahu melalui kawasan tersebut janganlah terlalu panik sekiranya berlaku keadaaan sedemikian." kiranya bukan kawasan itu sahaja yang mungkin dihuni oleh mereka-mereka ini. kerana "MEREKA ADA DI MANA_MANA"...sentiasa mengingati ALLAH...
JAGA DIRI ..bye....heehehe
1 March 2011
kisah si pemandu....
Menjenguk lagi blog kali pertama di tahun 2011...lama tidak menjenguk-jenguk...rasa rindu juga bila tengok orang sibuk post blog dalam facebook..saya? ermmm tiada bahan bacaan pun yang boleh saya kongsi....bukan tiada idea tapi jarang sekali berkesempatan untuk menekan punat komputer ni untuk buka blogspot. sekali sekali terdetik jua mau buka tapi disebabkan tugasan, especially asigmen-asigmen yang makin berlambak bila start saja masuk sem baru.
Oh ya dalam ruang yang lalu saya ada cerita pasal saya kena ulang alik dari kota marudu (KM)ke kota kinabalu (KK) tiap hujung minggu. ALLAH saja yang tahu apa yang saya alami.. banyak dugaan dan rintangan yang saya lalui..saya sendiri saja yang pendam. tapi hari ni mau cerita sikit pengalaman. cerita ni sudah lama pun dalam beberapa bulan yang lalu lah. tapi still masih dalam ingatan saya.
Kes HAMPIR kemalangan jalan raya.. saya rasa hari tu saya sudah terlalu lambat untuk sampai di KK, sebab banyak kerja yang belum siap di pejabat terpaksa saya siapkan dulu, jadi keluar pejabat pun lewat lah, masa tu musim hujan...saya merupakan salah seorang yang menghidapi penyakit rabun walupun tidak seteruk mana, tapi kalo malam kompom saya tidak akan nampak dengan jelas...hujan pun bukannya setakat renjis-renjis dipilis..tapi, adoii...hujan lebat tahap GABAN...tapi saya terpaksa juga balik ke KK sebab esoknya kelas mula jam 8.. kalo jalan pagi2 saya takut nda sempat.. saya teruskan perjalanan saya untuk ke KK...alkisahhhhh..tooiiibbb....bermulalah kesahh..toibb...hehehhe....
Disebabkan saya sudah lewat dan pada masa itu sudah gelap ditambah dengan hujan yang lebat saya teruskan perjalann saya, sampai di satu tempat saya, lupa namanya...sorry lah bab2 ingat tempat ni sya kurang arif..eheh...satu kereta datang menghimpit saya, sebuah kereta kancil 660..saya tidak tahulah apa motifnya...saya sangka baik saja yang dia ni mungkin tidak nampak jalan dan mungkin tergelincir sikit dari jalannya...jadi saya teruskan saja..rupanya dia ni bukannya tidak sengaja tetapi memang sengaja cari nahas....bukan pada diri dia saja...tapi pada semua pengguna jalan raya terutama saya..mulanya dia memotong kereta saya...saya biarkan...dia perlahankan keretanya dan membiarkan saya memotong semula keretanya...masyaALLAH rupanya dia ada niat buruk...sebaik sahaja kereta kami berarak pada satu jalan yang sama dan saya berada di jalan yang bertentangan dia memecut keretanya membuatkan saya tidak dapat mengejarnya..saya hampir bertembung dengan sebuah kereta, kalau tidak silap saya KEMBARA, mungkin ALLAH masih mahu selamtkan saya dan kereta.. saya terpaksa memperlahankan kereta masuk semula di belakang kereta itu.
Saya mula menyumpah-nyumpah pemandu kancil tu...kalau mau mati bunuh diri pun janganlah babitkan orang lain....ini tidak mau juga babitkan orang lain dalam hal dia, frust bercinta mungkin. apabila sampai di kawasan jalan dua hala saya tekat untuk mendahului kereta tersebut. apa yang BIKIN PANAS tu...dia sengaja mau bawa saya berlumba dengan dia..dengan hentakan minyak yang meluap2 dia bagi...aduii..mencabar naluri seorang pelumba F1 saya ni...malas sebenarnya melayan karenah orang itu tapi desakan membuatkan saya menekan minyak untuk meninggalkannya....disebabkan keadaan gelap dan hujan sekali lagi saya diuji dengan hampir bertembung dengan tembok bata di tengah2 jalan dua hala yang mana tembok bata tersebut adalah pembahagi jalan.. saya sempat membrek kereta dan ALHAMDULILLAH saya selamat dari terlanggar tembok tersebut. saya rasa pemandu kacil ketawa besar tengok saya time tu...(cuma perasaan saya lah sebab dia nampak kejadian tu).. saya kembali menekan padel minyak dengan perlahan dan membirakan kereta kancil itu berlalu labih dulu...tetapi rupanya dia masih menunggu saya dengan membawa keretanya dengan kadar 30km sejam sahaja......
Saya makin rasa PANAS dengan pemandu tu.....saya cuba untuk memotong keretanya tetapi dia tidak memberi kesempatan malah cuba masuk ke tengah2 jalan bagi mengelakkan saya tidak memotongnya. menuntut kesabaran yang sangat tinggi gaya si pemandu kancil tersebut. saya hanya mampu mengikutinya dari belakang dengan kelajuan hanya 30km sejam sahaja...uikss...(AMARAN: KAWASAN SEKOLAH DI SEPANJANG JALAN KE KOTA KINABALU) ini ka motif dia.....SAMPAR BANA2(cakap bajau lah...heheh..testing2)..kereta di belakang ada yang cuba untuk memintasnya semuanya di biarkan saja tapi saya? huh!! dihalang!! apabila saya dapati punyai peluang untuk terus memintas kereta kancil tu... saya terus memecut dengan kelajuan yang tinggi dan dia masih cuba untuk menghalang dengan cara memasuki kawasan tengah jalan, saya teruskan sahaja perjalanan dan akhirnya saya dapat memintasnya...saya menharap agar dia tidak mengekori saya lagi...TETAPI....melalui cermin pandang belakang saya melihat kereta kancil tu meluncur dengan laju di belakang kereta saya..saya tidak mahu PISANG BERBUAH DUA KALI...saya menekan padel minyak dan tangan lancar menukar gear pada arah yang betul tanpa melihat kereta di belakang.....saya akhirnya berjaya meninggalkan kereta kancil tersebut pada kejauhan yang mungkin sudah terlalu jauh dan dalam keadaan selamat...