
bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita iaitu Malaysia.Sebagaimana kita ketahui,kini kebanyakan masyarakat kita kurang sedar akan kepentingan penggunaan bahasa Melayu kerana segelintir masyarakat kita menggangap bahawa bahasa Melayu mempunyai bahasa yang tidak berstatus berbanding bahasa lain seperti bahasa Inggeris.Namun begitu,sekiranya ramai pihak berfikiran negatif terhadap bahasa sendiri.Hal ini menyebabkan generasi akan datang juga akan beranggapan begitu seterusnya lunturlah semangat bahasa jiwa bangsa mereka.Anak-anak muda pada zaman sekarang penting untuk masa hadapan negara agar menjadi modal insan yang cemerlang,gembilang dan terbilang.Oleh itu,bahasa Melayu harus dipupuk sejak mereka kecil lagi mahupun dibangku sekolah sehinggalah di alam kematangan agar mereka tahu menyayangi bahasa kebangsaan sendiri.

menyedari akan penggunaan bahasa melayu dalam semua entri dalam blog ini terlalu jauh dan terpesong dari penggunaan bahasa melayu yang sebenar. saya memohon maaf atas kesilapan itu, akan tetapi saya menulis bukan untuk ilmiah tetapi sekadar suka-suka, untuk menghiburkan hati sendiri. penggunaan bahasa pasar dalam entri-entri dalam blog ini menyebabkan ada di antara mereka yang kurang faham atau tidak faham dengan maksud dan ceritanya kerana penggunaan bahasa yang tidak betul(sabahan). mungkin ada di antara kita yang tidak suka akan penulisan seperti ini, bahkan marah dengan penggunaan ayat atau bahasa yang kurang munasabah. untuk pengetahuan, saya juga dalam proses untuk memperbaiki bahasa melayu saya dari yang kurang baik kepada yang lebih baik. saya akan cuba untuk menulis dalam bahasa melayu yang betul, tetapi seandainya saya masih menulis dalam bahasa yang mungkin tidak difahami (sabahan), saya minta maaf. mungkin itu adalah cara saya dalam penulisan blog. sekiranya penulisan itu dalam bentu ilmu (ilmiah) saya akan cuba sampaikan dalam penulisan bahasa melayu yang sebenar. sekian!!
Entri kali ini berbeza dengan entri-entri sebelum ini. ianya mengingatkan kepada kita tentang penggunaan bahasa yang betul dalam penulisan, samada dalam penulisan buku, majalah, mahupun blog.
No comments:
Post a Comment