
Kelahiran anak adalah sesuatu yang sangat dinantikan oleh semua pasangan suami isteri. Kelahiran ini yang akan mencorak kehidupan, kebahagian dan keharmonian berumah tangga kepada semua pasangan suami isteri. Akan tetapi, tidak semua pasangan suami isteri itu dikurniakan anak selepas berkahwin, ada yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkannya, malah ada yang langsung tidak dianugerahkan anak sepanjang tempoh perkahwinan sehinggakan ada yang mengambil anak orang lain untuk dijadikan anak angkat. Malangnya ada juga di kalangan manusia ini yang sanggup menggugurkan, mendera dan membuang anak tanpa belas kasihan. Mungkin kerana tidak mahu anak yang dilahirkan tanpa seorang ayah, fakta ini tidak mustahil. Ini kerana peningkatan jumlah kelahiran anak tak sah taraf semakin meningkat saban tahun. Contohnya di negeri sabah jumlah kelahiran anak tak sah taraf sahaja dari tahun 2000 hingga 2008 seramai 8,435 orang.
Mengikut perundangan pendaftaran di negeri sabah pendaftaran syeksen 10 merupakan ordinen yang digunapakai bagi kelahiran anak tak sah taraf. Anak tak sah taraf dalam maksud jabatan pendaftaran negara merupakan pendaftaran kelahiran anak yang terdiri dari kanak kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin ataupun bagi golongan wanita yang melahirkan anak tanpa suami yang sah atau lebih dikenali sebagai ibu tunggal tanpa suami. Maklumat dalam sijil kelahiran akan tertera perkataan pendaftaran syeksen 10 di bawah sijil kelahiran kanak-kanak tersebut menandakan bahawa kelahiran adalah di bawah ordinen pendaftaran tersebut.
Bagi kelahiran anak tak sah taraf untuk pendaftaran syeksen 10 bagi yang beragama selain agama islam ordinan ini tidak begitu digunapakai kecuali bagi kes ibu yang mengandung tanpa seorang suami yang disahkan oleh ketua kampung, mahkamah anak negeri, gereja dan jabatan pendaftaran negara, ataupun sekiranya si suami enggan mengaku sebagai bapa kepada anak tersebut. Bagi pendaftaran kelahiran untuk mereka yang beragama islam pula ianya tertakluk kepada hukum syarak yang telah digariskan oleh jabatan hal ehwal agama islam negeri sabah (JHEAINS) dan mahkamah syariah. Dalam kes ini ibu bapa yang tidak berkahwin secara sah dari JHEAINS merupakan antara yang akan mengalami masalah kelahiran anak tak sah taraf, yang mana sijil perkahwinan yang sah dari jabatan tersebut tidak diperoleh, apabila mereka ingin mendaftarkan anak mereka masalah ini akan timbul. Selain itu, wanita yang melahirkan anak tanpa seorang suami dan juga golongan wanita yang teraniaya seperti dirogol, kes ini semua tertakluk dalam pendaftaran syeksen 10.
Anak tak sah taraf juga terjadi kepada pasanagan suami isteri beragam islam yang melahirkan anak kurang dari enam bulan qamariah iaitu kelahiran yang berlaku selepas perkahwinan tetapi perkahwinan tersebut kurang dari enam bulan selepas anak dilahirkan. kes ini adalah kes yang terbanyak dicatatkan iaitu perkahwinan berlaku selepas ibubapa kanak-kanak tersebut mengadakan hubungan seksual. Apabila mendapat tahu bahawa pasangan mereka mengandung selepas melakukan hubungan terlarang tersebut barulah mereka tergesa-gesa untuk mendaftarkan perkahwinan mereka yang sah.
Sijil kelahiran anak biasanya tertera beberapa bahagian maklumat iaitu maklumat anak, bapa, ibu dan juga pemaklum. Terdapat dua bentuk sijil kelahiran bagi nak tak sah taraf menurut ordinen pendaftaran syeksen 10 perundangan negeri sabah ini. Yang pertamanya bahagian maklumat anak, bapa, ibu dan juga pemaklum ini akan diisi oleh pendaftar, manakala sijil kelahiran yang keduanya pula bahagian maklumat anak, ibu dan juga pemaklum sahaja yang diisi oleh pendaftar dan kebiasaannya kelahiran anak akan dimaklumkan oleh orang yang terdekat seperti ibu bapa kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut dan bukannya ibu bapa kanak-kanak itu sendiri. Masalah ini sering berlaku disebabkan rasa malu oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut.
Apa yang merunsingkan dan merisaukan kita sejak akhir-akhir ini, kita sering mendengar dan melihat kes-kes kelahiran anak tak sah taraf ataupun kelahiran anak yang tidak mempunyai maklumat bapa berlaku di negeri sabah ini. Berdasarkan kepada laporan rasmi, yang dikeluarkan oleh jabatan pendaftaran negara (JPN) melaporkan bahawa terdapat lebih 257,000 kelahiran anak yang telah didaftarkan sijil kelahiran mereka tanpa maklumat bapa di Malaysia pada sijil lahir dan dengan cetakan syeksen perundangan anak tak sah taraf ini. Seramai 8,435 orang adalah kanak-kanak negeri sabah yang mana sijil kelahiran mereka tertera perkataan pendaftaran syeksen 10.
Menurut laporan dari JPN juga hasil tinjauan mereka berlaku peningkatan kadar kelahiran anak tak sah taraf ini di negeri sabah pada setiap tahun. Masalah ini semakin rumit apabila mereka yang tertakluk pada peraturan ini melenting, marah dan malah tidak berpuas hati dengan perundangan yang sememangnya sudah termaktub dalam perundangan di negeri sabah sejak dahulu lagi. Siap yang bersalah dalam hal ini? Kita ataupun sistem perundangan? Sedangkan undang-undang ini telah digunapakai semenjak kita belum dilahirkan lagi. Tapi mengapa kes ini masih mahu disuarakan, dengan gaya yang tidak berpuas hati, sepatutnya perkara ini seharusnya dibendung dari awal agar perkara ini iaitu pendaftaran anak tak sah taraf tidak berlaku.
No comments:
Post a Comment