Seperti kebiasaannya saya akan melalui jalan gunung emas ataupun jalan tambunan untuk ke kota kinabalu (KK) atau kembali bertugas selepas mengambil cuti rehat dan balik ke kampung. agak kuno bunyinya kan? almaklumlah orang lain sekarang pergi ke KK tidak melalui jalan gunung emas, sebaliknya mengambil jalan yang lebih dekat iaitu jalan kimanis ataupun melalui daerah papar. "peduli apa lah orang mau cakap--->penakut!!" bukan kerana takut tapi lebih mementingkan keselamatan diri, bukan mengatakan bahawa jalan kimanis itu bahaya, tetapi mungkin saya lebih selesa melalui jalan tambunan daripada melalui jalan kimanis. pernah satu kali melalui jalan kimanis, "bukan saya yang bawa keretalah", sepanjang menuruni cerun di kimanis bau tayar kereta sahaja, jadi sekiranya saya kerap melalui jalan tersebut, alamat tayar dan clucth akan haus.
seperti kebiasaannya saya akan bertolak dari rumah ke tempat kerja pada waktu pagi iaitu jam 3 atau jam 3 setegah, memakan masa hampir 5 jam untuk sampai ke tempat kerja. sebelum memulakan perjalanan sempat juga bercerita dengan mama dan bapa. selepas bersalaman dengan mereka saya memulakan perjalanan dan berharap agar tidak berlaku sesuatu terhadap perjalanan saya. pagi itu tidak seperti pagi hari-hari yang lain. kebiasaannya saya akan bersama dengan para pemandu lain yang mungkin sama situasinya dengan saya yang mahu balik ke tempat kerja, tetapi pada hari itu saya tidak melihat atau tidak ada tanda-tanda bahawa ada kereta yang lain bersama saya. mahu tidak mahu saya terpaksa untuk meneruskan perjalanan saya. kalo saya lambat jalan, maka lambatlah saya masuk pejabat. saya teruskan perjalanan saya sehinggalah di sungai kg apin-apin, saya mula merasa sesuatu yang menyeramkan. "ahh..mainan persaan saja bah tu kali, peduli lah"... saya terdengar suara bayi menangis, tetapi saya tidak mempedulikannya." baisalah bah kali tu, kawasan perumahan ada anak kecil yang nangis minta susu.., saya mempercepatkan pergerakan kereta tanpa menghiraukan krisis masyarakt itu..

melepasi kawasan perumahan tadi saya masih mendengar suara anak menangis. "aiks...kanapa masih berbunyi ni...mana ada rumah lagi di sini"... saya mula rasa seram, tetapi masih mampu mengawal perjalanan, saya memperlahankan kereta untuk mendengar sendiri suara anak tadi, bila saya memperlahankan kereta bunyi anak tadi semakin menjauh...rasanya mungkin ada kawasan rumah di sini yang saya tidak nampak, mungkin disebalik bukit-bukit...saya meneruskan perjalanan saya dan masih menganggap itu mungkin karenah anak-anak di waktu pagi. apabila saya mempercepatkan kereta tiba-tiba bunyi tangisan anak tadi mula kedengaran, saya semakin pelik, perasaan takut dalam diri semakin tebal dan menguasai seluruh jiwa saya. tanpa ada teman di perjalanan, tanpa ada teman seperjalanan saya semakin takut, pada ketika itu cermin pandang belakang saya halakan ke atas, bunyi radio yang pada ketika itu sedang mengalunkan zikir-zikir saya kuatkan, padel minyak saya tekan sepenuh hati, gear saya aturkan ke keadaan maksimum, ayat-ayat suci Al_Quran yang saya hafal semuannya habis dibaca. hanya Allah sahaja yang tahu, detik jantung saya...pada keadaan itu juga suara tangisan anak tersebut juga seakan-akan melawan suara peti radio kereta.
sepanjang perjalanan keningau ke tambunan saya diekori oleh tangisan bayi tersebut, saya masih mampu mengawal kelajuan kereta walaupun pada masa itu "darah seorang pelumba F1 saya sudah meluap-luap di litar tambunan.".. saya terbayangkan yang ianya muncul di hadapan saya, mungkin saya akan hilang kawalan dan mungkin meningggalkan dunia ini." saya masih belum BERSEDIA"....sehinggalah saya melepasi kawasan pekan tambunan dan pada ketika itu menunjukakan jam 4 suku pagi. saya membelok ke shell tambunan pada pada ketika itu masih beroperasi, mungkin 24 jam. hajat saya bukannya untuk mengisi minyak kerana saya telah memenuhkan tangki minyak kereta dari keningau lagi. saya meluru keluar dari kereta dan membiarkan pintu terbuka dan masuk ke dalam kedai shell tersebut dan seorang pekerja shell berada di dalam kedai tersebut, dalam keadaan masih takut saya cuba menghilangkan rasa takut saya dengan membawa pekerja shell tersebut berbual-bual, sebenarnya untuk menunggu masa siang berlabuh. sebenarnya saya sendiri sudah lupa apa yang sya bualkan dengan pekerja shell tersebut.
akhirnya saya melihat beberapa buah kereta pada ketika itu mula meluncur di jalan raya, selepas bersalaman dengan pekerja shell tadi saya memulakan perjalanan seperti biasa. walaupun pada ketika itu keadaan jalan tambunan ke KK masih gelap tetapi sekurang-kuarangnya saya masih mampu untuk mengikuti rentak kereta di hadapan saya.Alhamdulillah saya sampai ke destinasi saya dengan selamat. selepas beberapa minggu kejadian tersebut barulah saya membuka cerita kepada ahli keluarga saya dan sahabat saya. ada yang menyatakan tidak terkejut dengan cerita tersebut, kerana terdapat banyak cerita yang menyeramkan yang berlaku di jalan tersebut dengan versi-versi yang berlainan, sehinggalah sekarang. banyak kemalangan yang berlaku yang dikaitakan dengan perkara itu. ada yang mengatakan bahawa kanak-kanak tersebut bukannya di luar kereta tetapi di dalam kereta, mungkin ssya telah menggangu perjalanan mereka(benda lain yang diciptakan oleh ALLAh selai manusia, jin!).
beberapa bulan yang lepas, saya mendengar cerita dari seorang saudara saya, berlaku kemalangan yang melibatkan nyawa, kejadian berlaku terhadap sahabat saudara saya, "dia melalui jalan tambunan ke kk, dan mungkin dia di gangu oleh makhluk tersebut, dan mungkin juga tidak mampu untuk mengawal keadaan kereta apabila dalam situasi tersebut. menurut saudara saya, keretanya hancur teruk dan badan mangsa dicucuk oleh batang kayu menembusi badannya. ucapan takziah kepada keluarga mangsa. saya bersyukur kerana masih di jaga oleh Allah sehingga hari ini.
saya menceritakan perkara ini BUKANNYA untuk menakutkan saudara - saudari sekalian alam yang selalu melalui jalan tersebut, tapi buat peringatan sahaja lah, kalau kita mahu melalui kawasan tersebut janganlah terlalu panik sekiranya berlaku keadaaan sedemikian." kiranya bukan kawasan itu sahaja yang mungkin dihuni oleh mereka-mereka ini. kerana "MEREKA ADA DI MANA_MANA"...sentiasa mengingati ALLAH...
JAGA DIRI ..bye....heehehe

No comments:
Post a Comment